HONOR MagicBook Art 14 Kini Dilancarkan! Dikuasai AI, RAM 16GB, Storan 1TB pada RM5,999 dengan Hadiah RM1,106!

HONOR dengan bangga mengumumkan pelancaran HONOR MagicBook Art 14, komputer riba yang dikuasakan AI, yang akan tersedia di seluruh negara mulai 20 September 2024. Dengan harga RM5,999, peranti berprestasi tinggi ini dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ Ultra 5 125H dan Intel® Arc™ Graphics, serta RAM 16GB dan storan 1TB. Ia juga hadir dalam warna Emerald Green yang menarik.

Setiap pembelian HONOR MagicBook Art 14 akan disertakan dengan pakej hadiah percuma bernilai RM1,106. Pakej ini merangkumi beg galas HONOR, jaminan lanjutan selama 1+2 tahun, dan langganan Microsoft 365 secara percuma selama setahun.

HONOR MagicBook Art 14 memanfaatkan Struktur Ringan Topologi, menjadikannya hanya seberat 1kg dan setebal 1cm. Kombinasi bahan aloi gred aeroangkasa dan papan kekunci titanium yang tahan lasak memastikan peranti ini ringan tetapi kukuh. Selain itu, sistem penyejukan Vapour dan reka bentuk bersepadu antena memastikan prestasi dan kesambungan yang optimum walaupun ketika melaksanakan tugasan intensif.

Menggabungkan keupayaan AI terhebat HONOR serta beberapa teknologi inovatif yang pertama dalam industri, HONOR MagicBook Art 14 menawarkan pengalaman pengguna yang unik. Reka bentuk dan ciri-ciri yang canggih memastikan komputer riba ini memenuhi semua keperluan pengguna moden.

Dengan HONOR MagicBook Art 14, anda bukan sahaja mendapatkan sebuah komputer riba yang berprestasi tinggi, tetapi juga satu alat yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan pengalaman yang lebih baik. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki peranti canggih ini!

  1. Skrin Sentuh Pemandangan Penuh 3.1K OLED 14.6 Inci Yang Pertama Dalam Industri

HONOR MagicBook Art 14 menampilkan Skrin Sentuh Pemandangan Penuh 3.1K OLED 14.6 Inci berinovatif yang menetapkan tanda aras baharu dalam prestasi visual. Dengan liputan warna gamut DCI-P3 100% dan 10.7 bilion palet warna, paparan ini mempersembahkan butiran yang lebih nyata dengan warna yang hidup dan amat jelas. Kecerahan puncaknya pada 700 nits pula memastikan visual yang jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Nisbah penyegaran semula 120Hz meningkatkan lagi pengalaman pengguna dengan memberikan interaksi yang lancar dan bertindak balas, sama ada anda sedang melayari menu, bermain permainan maya atau menonton video berdefinisi tinggi. Skrin termaju ini bukan sahaja mengayakan produktiviti bahkan mengubah hiburan, yang menjadikannya satu ciri HONOR MagicBook Art 14 yang menonjol.

  1. Nisbah Skrin ke Badan 97%, Yang Terbesar dalam Industri

Komputer riba ini membawakan nisbah skrin ke badan peneraju industri sebanyak 97%, memberikan pengalaman visual yang imersif. Nisbah bidang 3:2 skrin peranti ini memberikan keseimbangan sempurna antara produktiviti dan hiburan, manakala bezel ultra-sempit yang berukuran hanya 2.2mm ini memaksikmumkan kawasan paparan. Rekaan ini membolehkan pengguna untuk melibatkan diri dengan konten secara sepenuhnya, menjadikan setiap video, pembentangan, dan sesi permainan lebih menarik dan menyeronokkan.

  1. Paparan Perlindungan Mata Lima Lapis Yang Kukuh Dalam Industri

Direka dengan mementingkan kesejahteraan pengguna, HONOR MagicBook Art 14 menampilkan Standard Perlindungan Lima Lapis Mata yang termaju dalam industri. Paparan tersebut menggabungkan teknologi Pemalapan PWM Berfrekuensi Tinggi 4320Hz untuk mengurangkan kerlipan dan mengurangkan kesakitan mata, walaupun semasa penggunaan yang lama. Diiktiraf dengan pensijilan TÜV Rheinland untuk Bebas Kerlipan dan Cahaya Biru Rendah, paparannya menyokong masa skrin yang lebih lama dengan mengurangkan kesakitan mata.

Teknologi Pemalapan Dinamik menandingi corak cahaya semula jadi, memperkukuhkan keselesaan untuk tugasan atau sesi pembelajaran yang lama, termasuk penggunaan pada lewat malam. Mod E-book juga menyelaras kecerahan, suhu warna, dan skala kelabu untuk pengalaman seakan membaca buku yang sebenar.

  1. Kamera Magnetik AI Pasang Tanggal Yang Pertama Dalam Industri

HONOR telah mengambil langkah besar dalam inovasi komputer riba dengan memperkenalkan Kamera Magnetik AI pasang tanggal yang pertama dalam industri bagi memberikan pengguna fleksibiliti dan privasi yang dipertingkatkan. Rekaan magnetik ini membolehkan kamera ini dipasang, ditanggal atau dipusingkan ke 180 darjah, memberikan fungsi serba boleh semasa bermesyuarat, temuramah, dan tetapan yang diperibadikan. Dengan memanfaatkan AI yang termaju, kamera ini juga memiliki ciri-ciri seperti penjejakan jisim, bokeh latar belakang, dan sokongan pandangan mata.

Tambahan kepada fleksibilitinya, kamera ini mengutamakan privasi pengguna dengan penyelesaian storan yang selamat. Apabila tidak digunakan, kamera ini boleh disimpan di dalam ruang penyimpanan khas di sebelah kiri papan kekunci. Rekaan ini meningkatkan lagi kawalan pengguna dan mengurangkan akses tanpa kebenaran atau pengaktifan tidak sengaja secara lebih signifikan, menawarkan alternatif yang lebih selamat berbanding kamera terbina yang ada selama ini.

  1. AI Magic Workstation dengan Integrasi Microsoft Copilot 

Dalam memenuhi keperluan tugas secara pantas dalam hari yang sibuk, HONOR MagicBook Art 14 menonjol sebagai pembantu yang boleh diharapkan. Komputer riba ini menampilkan butang Copilot khusus yang memberikan akses segera kepada rakan AI milik Microsoft. Ciri inovatif ini membawakan kemudahan yang tiada tandingan di hujung jari pengguna, menawarkan beberapa fungsi termasuk bantuan mengikut konteks, meningkatkan perkakasan produktiviti, penelitian data, transkripsi masa sebenar, dan rangkuman.

Selain itu, Microsoft Copilot mengintegrasikan dengan aplikasi Microsoft 365 dengan lancar, mewujudkan pengalaman yang padu sepanjang pelbagai perkakasan. Dengan memanfaatkan AI, ia meningkatkan kecekapan dan memperkemas aliran kerja, tugasan automatik dan menyampaikan penelitian yang kebiasaannya memerlukan usaha secara manual. HONOR MagicBook Art 14, dengan integrasi Copilot, direka untuk meningkatkan produktiviti pengguna dan memudahkan tugasan yang sukar bagi memastikan pengalaman bekerja yang lebih lancar dan cekap.

Dengan penambahan perisian MagicOS 8.0.1, HONOR MagicBook Art 14 memberikan kolaborasi silang peranti dikuasakan AI yang termaju. Nikmati integrasi yang lancar melalui ciri-ciri seperti Multi-Screen Collaboration, HONOR Connect, AI HONOR Notes, dan AI Global Favorites. Fungsi-fungsi ini memudahkan perkongsian fail antara peranti dan mencatat nota secara lebih cekap semasa bergerak, memastikan tugasan dijalankan tanpa gangguan sepanjang pelbagai platform dan menghebatkan lagi produktiviti.

  1. Ciri-ciri Flagship Peneraju Yang Lain

HONOR MagicBook Art 14 juga mengetengahkan beberapa ciri yang menonjol. Antara adalah Perlindungan Privasi Pintar untuk Pencerminan Skrin yang pertama dalam industri, bagi membolehkan pengguna memilih paparan jendela tertentu semasa berkongsi skrin. Ciri inovatif meningkatkan lagi privasi dan melindungi maklumat sensitive semasa melakukan pembentangan.

Di samping itu, komputer riba ini juga menggabungkan teknologi AI Bidirectional Noise Cancellation yang termaju. Teknologi ini menapis bunyian latar belakang secara efektif, memastikan suara penutur kekal jelas dan mudah dibezakan semasa panggilan dan siding video.

HONOR MagicBook Art 14 juga mempunyai Rekaan Bateri Heteroge yang besar dengan jangka hayat bateri sehingga 9.5 jam walaupun sedang menggunakan berbilang aplikasi hours secara serentak. Rekaan ini menyokong lanjutan produktiviti serta memastikan prestasi yang lebih dipercayai sepanjang hari.

Peranti ini turut dilengkapi dengan pad sentuh yang sensitif tekanan bagi menyokong pelbagai gerakan seperti menekan, mengklik dan menyeret. Ciri ini menawarkan kawalan yang lebih tepat dan tidak memerlukan tetikus berasingan.

Dalam pada itu, HONOR MagicBook Art 14 dilengkapi dengan pelbagai pilihan kesambungan yang menyeluruh, termasuk Thunderbolt 4, USB-C, USB-A, HDMI, dan bicu headphone/mikrofon 3.5mm. Seleksi port yang lebih banyak ini memastikan kesambungan yang lebih lancar kepada beberapa jenis peranti dan aksesori.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR MagicBook Art 14, ikuti laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *