HONOR Malaysia Bakal lancar Honor Magic V3 Serentak Dengan Pelancaran Global Pada 5 September

honor magic v3

HONOR Malaysia antara negara pertama yang akan melancarkan HONOR Magic V3, telefon boleh lipat AI paling nipis dan ringan serentak dengan pelancaran global di IFA 2024, Berlin Jerman pada 5 September. Rakyat Malaysia boleh memiliki telefon boleh lipat ini tidak lama lagi!

Selain HONOR Magic V3, jenama ini juga akan memperkenalkan dua peranti flagship terbaharu HONOR MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14. Orang ramai boleh menyaksikan pelancaran ini melalui penstriman langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada jam 8 malam.

HONOR Magic V3 – Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan

Dengan struktur rekaan ultra-nipis, HONOR Magic V3 membawakan telefon boleh lipat dengan rekaan paling nipis dalam industri dengan ketebalan hanya 9.2mm[1]. Melalui pemilihan bahan dan proses pengilangan yang terperinci, ketebalan HONOR Magic V3 semasa lipatan dibuka adalah 4.35mm dan hanya seberat 226g[2], sekaligus mengatasi beberapa telefon pintar flagship bar di dalam industri. Dengan badan yang sangat nipis dan ringan, HONOR Magic V3 menawarkan pegangan yang lebih selesa kepada pengguna, menjadikannya lebih seronok untuk dimiliki.

AI Defocus Technology – Keprihatinan HONOR Terhadap Kesihatan Mata

Selain menjadi telefon boleh lipat yang paling nipis, paling ringan dan amat tahan lasak, HONOR Magic V3 juga menetapkan standard baharu dalam perlindungan mata dengan teknologi AI Defocus Technology yang inovatif. Ciri ini menunjukkan komitmen HONOR terhadap kesihatan mata pengguna dengan mengurangkan ketegangan mata dan masalah rabun sementara yang disebabkan oleh menonton skrin. AI Defocus Technology memanfaatkan algoritma AI termaju untuk menyerupai kaedah optik tradisional dengan menyelaras kemasukan cahaya ke dalam mata dan mengurangkan ketegangan mata secara mendadak.

Hasil ujian HONOR menunjukkan bahawa AI Defocus Technology boleh mengurangkan rabun sementara secara efektif ke purata 13 darjah dalam tempoh masa 25 minit semasa menggunakan peranti tersebut. Buat masa sekarang, ciri revolusioner ini menyokong aplikasi seperti YouTube dan Amazon Kindle. HONOR juga merancang untuk meluaskan sokongan kepada beberapa aplikasi lain di masa hadapan.

HONOR MagicPad 2 – Lebih Nipis, Lebih Kukuh

Tablet HONOR MagicPad 2 menampilkan reka bentuk ultra-nipis dan amat kukuh. Peranti ini boleh menahan tekanan sehingga ke 85N/mm tanpa mengakibatkan bengkokan, menjadikannya pilihan yang amat dipercayai oleh pengguna yang inginkan peranti yang mudah dibawa ke mana-mana serta tahan lasak. Bahagian belakang tablet ini diperbuat daripada bahan gentian kaca gred aeroangkasa yang menjadikannya amat tahan dan mengurangkan berat sehingga 45% selain meningkatkan kekuatannya kepada 24%. Kombinasi ketahanan ini memastikan HONOR MagicPad 2 ialah tablet yang ringan dan amat tahan lasak dalam memenuhi permintaan pengguna moden.

HONOR MagicBook Art 14 – Ultra-ringan dan Rekaan Yang Amat Nipis

HONOR MagicBook Art 14 hanya seberat 1 kg dan berukuran hanya setebal 1 cm[3], adalah komputer riba HONOR yang paling ringan dan paling nipis setakat ini. Reka bentuk yang ringan dihasilkan dengan Struktur Ringan Topologi inovatif, menampilkan Rekaan Bateri Heterogen dan diperbuat daripada bahan-bahan termaju. Komputer riba ini diperbuat daripada bahan-bahan ringan bergred aeroangkasa seperti aloi magnesium untuk badan, aloi titanium untuk papan kekunci dan kipas biomimetik ultra-nipis yang menyumbang kepada keringanan 30% binaan keseluruhan peranti secara signifikan.

Di samping itu, struktur inovatif Penyejukan Vapor dan Rekaan Antena Bersepadu pada HONOR MagicBook Art 14 juga memainkan peranan dalam mengurangkan ketebalan keseluruhan komputer riba ini kepada 19%. Kombinasi rekaan inovatif dan bahan-bahan termaju ini bukan sahaja menghasilkan komputer riba ultra-nipis tetapi juga amat tahan lasak dan berprestasi tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, HONOR MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14, sila kunjungi laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *