LATEST

HONOR Perkenalkan Lima Inovasi Teknologi Terbaru untuk Semua Pengguna di Malaysia

HONOR dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran lima peranti baharu di Malaysia, memperluaskan lagi rangkaian produk serba boleh mereka. Sebagai sebahagian daripada strategi HONOR ALPHA PLAN yang diumumkan di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2025, HONOR terus berkembang daripada pengeluar telefon pintar kepada peneraju global dalam ekosistem peranti berasaskan AI, menawarkan penyelesaian inovatif untuk memenuhi keperluan pengguna di seluruh dunia.

Sejak awal penubuhannya, HONOR telah memperkenalkan pelbagai produk seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, fon putik, dan jam tangan pintar. Dengan pelancaran terbaru ini, HONOR akan memperkenalkan lebih banyak produk di Malaysia, mengukuhkan komitmen jenama untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna dan meningkatkan pengalaman harian mereka. Kini, HONOR terus menonjol sebagai satu-satunya jenama Android di Malaysia dengan rangkaian peranti yang komprehensif dan saling berhubung.

Dengan fokus pada kepuasan pengguna, setiap produk HONOR, termasuk produk baharu ini, direka untuk memaksimumkan potensi manusia dalam pelbagai situasi. Sama ada untuk meningkatkan produktiviti kerja, mencapai kecergasan, menetapkan matlamat pembelajaran, atau menikmati hiburan yang luar biasa, rangkaian peranti ini bertujuan untuk menyelesaikan cabaran harian dengan teknologi canggih yang menyokong kehidupan moden.

Maklumat lanjut mengenai produk baharu akan diumumkan tidak lama lagi. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan pelancaran rasmi dan rasai pengalaman teknologi serba boleh HONOR yang terkini di Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau lawati www.honor.com/my/.