KUALA LUMPUR, 20 Mac 2024 – HONOR telah mengumumkan pelancaran tiga telefon pintar terkini yang terkemuka, termasuk HONOR Magic6 Pro, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR, dan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR. Peranti-peranti baru dalam rangkaian Magic HONOR ini ditawarkan dengan harga bermula dari RM4,499. Selain itu, HONOR turut memperkenalkan tablet terbaru mereka, HONOR Pad 9, yang direka khas untuk kegunaan dalam kerja dan juga hiburan.
Susulan pelancaran global telefon boleh lipat PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024, HONOR Malaysia turut mengumumkan kerjasama terbaharu jenama ini dengan Porsche iaitu PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR.
Discover the Magic Dengan HONOR Magic6 Pro
HONOR Magic6 Pro menawarkan kemajuan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna dikuasakan AI. Peranti ini tampil dengan Sistem Kamera Falcon yang dinaik taraf terdiri daripada Kamera Utama 50MP, Kamera Ultra Lebar 50MP dan Kamera Tele-falcon HONOR 180MP. Kamera Tele-falcon mempunyai keupayaan zum digital 100X mengagumkan untuk menangkap imej zum dekat dengan lebih jelas, sangat sesuai untuk acara sukan. Menariknya, algoritma HONOR AI Motion Sensing Capture mampu meramalkan detik terbaik dan menghasilkan gambar dalam definisi ultra tinggi.
Bagi memberi pengalaman pengguna terbaik, skrin HONOR Magic6 Pro dihasilkan daripada Pelindung NanoCrystal HONOR yang adalah sepuluh kali lebih kuat daripada kaca biasa. Selain itu, peranti ini didatangkan dengan Paparan Keselesaan Mata LTPO Kuasa Rendah Semua Julat 6.8-inci yang terkemuka dalam industri untuk kesihatan mata pengguna.
Sama ada menonton filem atau melayari media sosial, paparan peranti ini mempunyai Pemalapan PWM 4320Hz yang tertinggi dalam industri bersama Pensijilan Bebas Kerlip TÜV Rheinland untuk tontonan mengasyikan.
Dengan generasi kedua bateri karbon silikon 5,600mAh, pengguna usah bimbang tentang bateri cepat habis. Ia disokong pengecas pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W dan mampu membekalkan kuasa yang penuh dalam tempoh kurang 40 minit.
HONOR Magic6 Pro dikuasakan oleh cipset terkini Snapdragon 8 Gen 3 untuk prestasi hebat serta keupayaan AI generatif untuk perhubungan lancar. Peranti ini beroperasi dengan MagicOS 8.0 terbaharu sistem pengendalian berasaskan Android HONOR. Ia merupakan UI berasaskan niat yang pertama dalam industri yang boleh memahami bahasa, imej, gerak isyarat dan pergerakan mata untuk memahami kemahuan pengguna. Ciri seperti Magic Portal memudahkan tugas berdasarkan tingkah laku pengguna, manakala Magic Capsule menyediakan akses segera kepada maklumat tanpa perlu membuka beberapa aplikasi untuk pengalaman pengguna yang cekap.
HONOR Pad 9 – Perfect Work-Play Balance
HONOR Pad 9 dilengkapi Paparan Keselesaan Mata 12.1-inci 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz, sistem audio pembesar suara lapan keliling yang menggabungkan teknologi penalaan bunyi HONOR Histen dan cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1. Ia menawarkan pengalaman pengguna yang luar biasa dan reka bentuk menarik.
Tablet ini hadir dengan 8GB HONOR RAM Turbo yang boleh ditingkatkan kepada 16GB dan memori 256GB bagi membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak koleksi multimedia serta, melakukan pelbagai tugas dengan lancar dan prestasi cekap. HONOR Pad 9 didatangi dengan dua versi iaitu Wi-Fi dan 5G. Model 5G adalah pilihan baharu yang tidak ditawarkan dari model sebelumnya. Penambahbaikan membolehkan pengguna berhubung dan muat turun fail dengan lebih pantas serta penstriman lebih lancar.
Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1, HONOR Pad 9 juga mempunyai bateri berkapasiti tinggi 8300mAh untuk bertahan lama sepanjang hari.
Memperkenalkan PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR
Bersama siri Magic6, HONOR turut memperkenalkan PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR. Telefon boleh lipat edisi khas HONOR Magic V2 ini telah dilancarkan di Malaysia awal tahun ini. Peranti eksklusif ini diilhamkan oleh sukan permotoran, tampil dengan reka bentuk hud Porsche 911. Berat peranti ini 234g dan hanya 9.9mm tebal. Ini menjadikannya telefon boleh lipat ini paling nipis dan ringan di dunia.
Engsel Titanium Super Ringan PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RS menambah kebolehpercayaan dan menampilkan gaya. Menambahkan ciri-ciri inovatif telefon boleh lipat ini ialah Pelindung NanoCrystal Anti Calar yang pertama dalam industri, memberikan rintangan terhadap calar sepuluh kali ganda. Dengan penarafan kekerasan melebihi tujuh pada skala Mohs, Pelindung NanoCrystal Anti Calar menawarkan perlindungan unggul terhadap kerosakan.
PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dan mempunyai tiga kamera terdiri daripada Kamera Utama 50MP, Kamera Telefoto 20MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP. Peranti ini dimuatkan dengan Bateri Karbon Silikon 5000mAh dan menyokong pengecasan pantar berwayar HONOR Wired SuperCharge 66W dan disertakan dengan stylus.
PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR
PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR merupakan inspirasi daripada reka bentuk kereta mewah Porsche Taycan. Bahagian belakang dan bingkai logam peranti ini menyerupai penggayaan vertical hadapan kereta, manakala modul kamera belakang meniru struktur heksagon Porsche, sepadan dengan warna dan teksturnya.
Tersedia dalam warna Agate Grey dan Frozen Berry, peranti ini menampilkan sensor Super Dynamic HONOR Falcon Camera H9800 dan julat dinamik 15EV dipertingkatkan yang adalah enam kali lebih banyak daripada generasi sebelumnya. Tangkap video dan foto dengan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar. Selain itu, peranti ini mempunyai Sistem Autofokus Matriks LiDAR yang canggih untuk tangkapan lebih pantas dan tepat.
Selain itu, bahagian hadapan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR didatangi dengan HONOR Anti-calar NanoCrystal Shield yang terkemuka dalam industri dan dibuat daripada silikon nitrida, bahan kukuh dalam industri aeroangkasa dan automotive bagi memberi ketahanan jangka panjang. Peranti ini turut menyertakan HONOR NanoCrystal Shield di bahagian belakang yang berupaya meningkatkan penyerapan hentakan sehingga sepuluh kali ganda untuk menahan jatuh secara tidak sengaja serta meningkatkan ketahanan.
Dari segi bateri, PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR mempunyai Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua HONOR 5600mAh, dan Power Enhanced Chip HONOR E1 untuk ketahanan dan prestasi optimum walaupun dalam keadaan suhu rendah.
PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 yang termaju dan beroperasi pada MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.
Harga dan Ketersediaan
HONOR Magic6 Pro direka untuk pengguna yang menggemari gaya anggun dan moden. Peranti ini hadir dalam 12GB RAM dan storan 512GB. Ia ditawarkan dalam Epi Green dan Black pada harga RM4,499. Prapesanan bermula hari ini hingga 27 Mac dengan deposit RM66. Hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM1,960, termasuk HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, Jaminan Lanjutan 1 Tahun dan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari. Pembeli juga akan mendapat rebat deposit 5 kali selepas pembayaran penuh.
HONOR Pad 9 didapati dalam dua warna menarik iaitu Space Grey dan Cyan Lake. Mulai 28 Mac, versi Wi-Fi akan tersedia untuk pembelian di seluruh negara pada harga RM1,499. Hadiah percuma menarik bernilai RM698 menanti, termasuk papan kekunci Pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan HONOR CHOICE Pencil. Sementara itu, versi 5G akan tersedia di pasaran pada 19 April.
PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR didatangkan dalam warna Agate Grey dan berharga RM10,999. Mereka yang sebelum ini mendaftar untuk mencuba peranti ini akan menerima pautan eksklusif untuk pembelian.
Sementara itu, PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR ditawarkan pada harga RM7,499 dengan 24GB RAM dan storan 1TB. Mereka yang berminat untuk mencuba telefon ini boleh mendaftar untuk mendapatkan jemputan eksklusif melalui laman web rasmi HONOR di sini.
Untuk maklumat lanjut, layari https://bit.ly/HONORMagic6ProPR