LATEST

Keistimewaan 10 Malam Terakhir Ramadan: Peluang Emas Meraih Berkat

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, program bual bicara eksklusif ‘10 Malam Terakhir’ bakal menemani penonton dengan perbincangan santai namun penuh inspirasi. Bersiaran langsung selama 10 malam terakhir Ramadan, program ini membawakan pelbagai topik menarik serta perkongsian bermakna yang mampu menyentuh hati dan memberi pengajaran.

Saksikan ‘10 Malam Terakhir’ bermula 20 hingga 29 Mac 2025, jam 6.00 petang hanya di TV9 atau strim secara eksklusif menerusi aplikasi Tonton. Jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman penuh inspirasi dan menjadi sebahagian daripada perjalanan istimewa ini!

Program ini menampilkan hos utama, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, bersama Bell Ngasri yang akan membawakan kupasan menarik sepanjang program. Turut diundang tetamu jemputan seperti selebriti, pendakwah, dan tokoh masyarakat yang akan berkongsi pandangan mereka mengenai persiapan malam Lailatulqadar, pengurusan kewangan menjelang Hari Raya, serta kepentingan zakat dan fidyah. Antara selebriti yang bakal memeriahkan program ini ialah Faizal Tahir, Tomok, Sharifah Shahira, Ropie, Ajai, Datuk Rashid Sidek, Datuk Ustaz Kazim Elias, dan Datuk Rosyam Nor.

Segmen istimewa Selera Ramadan Nopales turut disajikan dengan perkongsian menu sahur dan berbuka yang ringkas tetapi berkhasiat, sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan hidangan cepat dan mudah. Setiap episod akan mengetengahkan tema masakan berbeza dengan tip berguna bagi menjadikan Ramadan lebih bermakna.

Penonton juga berpeluang memenangi hadiah eksklusif berupa jam azan digital menerusi Kuiz Jawab & Menang! Jawab soalan dalam setiap episod dan hantar jawapan di ruangan komen Facebook dan Instagram TV9 Malaysia beserta slogan kreatif. Pemenang bertuah akan diumumkan di media sosial.

Disokong oleh Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), program ini mengajak penonton menghayati dan merebut keistimewaan 10 malam terakhir Ramadan. Jangan lupa saksikan ‘10 Malam Terakhir’ dari 20 hingga 29 Mac 2025, jam 6.00 petang di TV9 Malaysia! Ikuti juga media sosial rasmi di Facebook, Instagram, X (Twitter) (@TV9Malaysia) dan TikTok (@TV9MalaysiaOfficial) untuk maklumat terkini.