Berita gembira buat semua warga Johor! BABA’S kembali meriahkan Karnival Jom Heboh (KJH) sebagai penaja utama buat kali keempat.
Kembara jelajah KJH ini akan berlangsung selama tiga hari di Johor Bahru, jadi jangan lepaskan peluang untuk membawa keluarga, sanak saudara, dan jiran-jiran ke acara yang dinanti-nantikan ini! Karnival ini akan diadakan di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall dari 1 hingga 3 November 2024 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).
Karnival Jom Heboh 2024, yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad, sekali lagi menampilkan penganjuran di lima negeri, termasuk Sarawak, Putrajaya, Melaka, Terengganu, dan Pulau Pinang, sebelum tiba di Johor Bahru. Acara ikonik ini dijangka menarik lebih 300,000 pengunjung di setiap lokasi, menunjukkan sambutan yang hangat dari orang ramai. KJH juga mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai ‘Acara Padang Paling Lama’, menjadikannya fenomena yang tidak boleh dilepaskan oleh seisi keluarga setiap tahun.
Sepanjang tiga hari di Johor Bahru, karnival ini akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk mengukir memori manis bagi penduduk setempat. Para pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui reruai dari Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (termasuk New Straits Times, Berita Harian, dan Harian Metro), Hot FM, dan Vocket.
TV3 dengan bangganya mengumumkan kembalinya program realiti nyanyian yang ikonik, One In A Million (OIAM), ke kaca TV! Program yang telah meraih kejayaan ini akan bersiaran buat pertama kalinya di TV3, dengan Johor sebagai lokasi pertama untuk sesi ujibakat pencarian bakat baru. Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk menunjukkan bakat nyanyian anda kerana anda berpotensi membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM1 juta! Sertai sesi ujibakat OIAM pada 2 dan 3 November 2024 (Sabtu & Ahad). Uji bakat secara bersemuka juga akan diteruskan di lima lokasi lain di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Kuala Lumpur.
OIAM terbuka kepada semua bakat, termasuk mereka dari luar negara, berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo, atau berkumpulan! Jika anda tidak dapat hadir ke sesi uji bakat secara bersemuka, jangan risau! Anda juga boleh menyertai uji bakat secara dalam talian bermula 1 hingga 17 November ini dengan memuat naik video nyanyian berdurasi satu minit di TikTok menggunakan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara. OIAM bukan sekadar pertandingan nyanyian tetapi juga peluang untuk mengubah hidup peserta menjadi bintang sejuta!
Kemeriahan karnival ini semakin meningkat apabila pengunjung berpeluang beramah mesra dan berinteraksi dengan selebriti kegemaran di booth Studio Tonton Drama Sangat (STDS). Booth ini akan menampilkan bintang-bintang terkenal yang membintangi program-program popular di Tonton, TV3, dan TV9. Antara selebriti yang akan memeriahkan KJH BABA’S di Johor Bahru adalah Aniq Durar, Ashraf Muslim, Kodi Rasheed, Shah Iskandar, Nabila Razali, Wanns Ahmad, Nafiz Muaz, dan ramai lagi! Jangan lepaskan peluang untuk bertemu idola anda dan merasai suasana penuh keceriaan di booth STDS.
Lebih menarik lagi, Studio Tonton Drama Sangat akan membawa kejutan istimewa dengan menawarkan hadiah utama Samsung Smart TV bersaiz 65” yang bernilai sehingga RM3,500 pada ketiga-tiga hari karnival! Untuk menyertai cabutan bertuah ini, peserta dan pengunjung hanya perlu mendaftar sebagai ahli baru dan melanggan pelan Tonton. Rebut peluang anda sekarang! Cabutan bertuah ini akan diadakan di setiap lokasi KJH dalam edisi jelajah 2024, dan anda mungkin menjadi salah seorang yang berpeluang membawa pulang hadiah utama yang menarik ini!
Tidak ketinggalan, lebih 160 reruai lain juga akan menawarkan promosi hebat dan hadiah menarik! Antara yang terlibat termasuk Yaya Empire, Puspakom, Red Bull, FGV, Affin Bank, dan banyak lagi. Reruai BABA’S juga menawarkan beg berharga RM10 dan pemberian pek produk BABA’S secara percuma! Keluarga anda boleh meluangkan masa berkualiti sambil menikmati pelbagai makanan viral yang sedang trending di media sosial. Love Food Fest akan menyajikan hidangan-hidangan popular seperti Lamb Shank Chef Ammar, Bakso Beranak by Vicha, Cikidot, dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang untuk merasai semua keistimewaan ini!
NSTP ‘Pet Zootopia’ dan Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘2vs2’ menjadi antara tarikan baru di KJH BABA’S Johor Bahru kali ini. Peserta berpeluang untuk membawa pulang wang tunai sehingga RM500 berserta baju jersi edisi khas dari Vocket. Layari laman https://bolajalanan.thevocket.com/ atau imbas kod QR untuk mendaftar. NSTP ‘Pet Zootopia’ akan menampilkan 30 jenis haiwan yang bakal menceriakan seisi keluarga.
Hiburkan hujung minggu anda dengan barisan penyanyi popular tanah air di Konsert Jom Heboh pada 2 dan 3 November 2023 (Sabtu dan Ahad), bermula pada pukul 9.00 malam! Pada malam pertama, saksikan persembahan menarik daripada Sofarz, Ayu Damit, Suki Low, Izzue Islam, Sufian Suhaimi, dan Nabila Razali. Manakala pada malam kedua, anda akan dihiburkan oleh The Dolla, Projektor Band, Lil J, Dalia Farhana, Syamel, Wany Hasrita, dan Mark Adam. Ini adalah pengalaman muzik yang tidak boleh anda lepaskan!
Mari memeriahkan Voice of Johor, sebuah pertandingan nyanyian berkategori solo yang dibawakan oleh Jom Lokal Jam! Ini adalah platform yang tepat untuk anda menyerlahkan bakat nyanyian anda menerusi program Voice of Johor yang akan diadakan pada hari Jumaat, 1 November, bermula pada pukul 9.00 malam di pentas utama KJH. Jangan lepaskan peluang ini untuk melihat persembahan bakat-bakat baru!
Karnival Jom Heboh BABA’S Johor Bahru kali ini juga akan menampilkan pameran dan persembahan dari pelbagai kumpulan dan persatuan! Pada hari Jumaat (1 November), pengunjung boleh menyaksikan pameran motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan Supercar dari JB Muslim Supercar. Pada hari Sabtu (2 November), aktiviti Jom Zumba yang diketuai jurulatih dari Athlete Fitness Centre dan persembahan tarian Yosakoi dari Maktab Sultan Abu Bakar juga akan berlangsung. Pada hari Ahad (3 November), ada aktiviti Pound Rock Out Workout dan persembahan Pancaragam dari SIGS Band dan SK (P) Sultan Ibrahim Johor Bahru.
Di samping itu, kami di TV3 juga prihatin terhadap krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di dunia Palestin. Anda boleh menyumbang melalui akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331. Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.
Kami berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka dan terus menyokong usaha-usaha kemanusiaan dan keadilan. Melalui pelbagai program dan inisiatif kami, TV3 dan Tonton bertekad untuk menyebarkan mesej keamanan dan solidariti, sambil menggalakkan rakyat Malaysia untuk turut serta dalam usaha murni ini.
Warga Johor dan semua penduduk di selatan, mari sertai kami! Jangan lepaskan peluang untuk meluangkan hujung minggu anda di Karnival Jom Heboh BABA’S Johor Bahru yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 November 2024 (Jumaat hingga Ahad) di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, bermula seawal jam 8.30 pagi!
Kongsikan keseronokan bersama keluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh, dan #InspirasiGenerasi. Untuk maklumat lanjut, layari laman web kami di www.jomheboh.com.my dan ikuti kami di media sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.