Walaupun gaya muzik berubah dari semasa ke semasa, muzik rock tetap tidak akan mati (rock never dies). Ia adalah frasa yang dikenali oleh para rocker di seluruh dunia.
Dalam era digital dan media social ini, persembahan ‘live’ masih lagi berada di takhta yang tertinggi terutama di kalangan para rocker. Membeli tiket, perjalanan ke lokasi konsert, berjumpa rakan rakan yang satu ‘kepala’, masuk ke arena konsert, berhimpit dan menantikan rocker lagenda membuat persembahan di atas pentas dengan lagu-lagu yang ‘membesarkan’ kita adalah suatu pengalaman yang bukan selalu dirasai.
Tahun 2022 lalu, arena muzik rock tanahair digegarkan dengan 2 buah konsert yang mendapat sambutan luarbiasa sehingga menimbulkan fenomena iaitu Konsert ‘Search Rockin’ On Rooftop’ di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur pada 11 Jun dan Konsert ‘Barbarik Pentas Keras’ di Zepp, Kuala Lumpur pada 24 Disember.
Ramai menyifatkan dua konsert tersebut adalah konsert rock terbaik sepanjang tahun 2022. Lebih sebulan selepas kedua-dua konsert berlangsung, para peminat masih memperkatakannya. Netizen terus berkongsi pendapat serta memuat naik foto dan visual konsert berkenaan di pelbagai media social.
Dari fenomena itu, perancangan telah diusahakan untuk merealisasikan 2 band tersebut di atas satu pentas bagi memenuhi calendar konsert rock 2023. Pihak produksi teruja untuk membayangkan betapa impaknya apabila Search dan Barbarik bergabung dalam satu edisi konsert yang istimewa.
Alpha Nation dengan jenamanya Rock The City, dengan bangganya membawakan kepada anda Konsert ‘Double Trouble 2’ yang membariskan SEARCH & BARBARIK pada 5 Ogos 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
SEARCH, sebuah jenama yang sebati dengan arena rock akan tampil di pentas, diterajui oleh Din (gitar) bersama Kid (gitar), Yan (bass), Firdaus (keyboard), Minn (drums) dan vokalis sensasi baru mereka Denden.
BARBARIK pula diterajui oleh Joe Branko (gitar) bersama Adi (keyboards), Ruzaimie (bass), Ainol (drums) dan vokalis lagenda Muss.
Persembahan berdurasi selama 150 minit ini akan menghidangkan sekitar 26 buah kerya lagu lagu mereka yang kebanyakannya sentiasa bermain di mind akita. Kelibat 5 orang lagenda rock tanahair iaitu Din, Kid, Joe Branko, Yan dan Muss dalam kelas mereka yang tersendiri pasti akan memberi impak besar dalam persembahan dan kepuasan kepada para rocker yang hadir.Satu persembahan yang pasti diimpikan dan kini akan menjadi kenyataan.
Konsert Double Trouble 2 dianjurkan oleh Alpha Nation, manakala pengurusan produksi oleh Laskhar Entertainment dan Playmad Sdn Bhd. Urusan promosi oleh Mewah Event Management (MEM). Hotel Royale Chulan, The Curve selaku penaja penginapan dan The Curve by Mutiara Spaces menaja lokasi siddang media. Untuk hebahan, Sinar FM bertindak selaku Radio Rasmi Konsert Double Trouble 2 SEARCH & BARBARIK.
Pada dasarnya, penganjuran konsert ini diinspirasikan dari album Double Trouble 2 yang menggabungkan SEARCH dan WINGS dan diterbitkan pada tahun 1998. SEARCH Ketika itu menampilkan Amy (penyanyi), Noordin (gitar), Kid (gitar), Fauzi (bass) dan Allahyarham Yazit (drums), manakala WINGS pula dibarisi Muss (penyanyi), Joe (gitar), Eddie (bass), dan Black (drums).
Noordin (Din) gitaris SEARCH berpendapat bahawa kelebihan Konsert Double Trouble 2 ini adalah menampilkan vokalis dan pemuzik berbakat generasi baru selepas mereka seperti Denden dan Minn dari Search serta Ainol, Adi dan Rozamie dari BARBARIK. Beliau yakin pasti ada kejutan dalam konsert ini nanti dan akan menjanjikan kepuasan kepada para penonton.
Bersedia. DOUBLE TROUBLE 2, SEARCH & BARBARIK akan melakar satu lagi sejarah industri muzik tempatan.