KPDN focus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara

KPDN

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) peringkat Lotus’s Malaysia telah dirasmikan, di mana pasar raya ini merupakan salah satu daripada 16 syarikat peruncitan utama serta tiga pengendali platform dalam talian yang terlibat dalam KBBM.

Pada tahun 2023, Lotus’s Malaysia mencatatkan peningkatan nilai jualan barangan tempatan sebanyak RM40.60 juta, berbanding RM40.16 juta pada tahun 2022 dan RM34.63 juta pada tahun 2021. Jumlah Stock Keeping Unit (SKU) bagi barangan tempatan juga meningkat kepada 2,009 pada tahun 2023, berbanding 1,687 pada tahun 2022 dan 1,633 pada tahun 2021.

Dalam usaha memperkasakan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menghasilkan barangan tempatan melalui KBBM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyediakan pelbagai program pembangunan seperti Program Latihan Pembangunan Perniagaan, Program Padanan Perniagaan, dan Penandaan Logo Barangan Malaysia. Program-program ini memberi tumpuan dan bimbingan kepada peningkatan kemahiran serta pertumbuhan perniagaan PMKS tempatan.

KPDN

KPDN turut menggalakkan pengusaha tempatan untuk menggunakan platform dalam talian bagi mempromosikan, memasarkan, dan meningkatkan nilai jualan produk mereka, sejajar dengan trend kepenggunaan global yang menunjukkan peningkatan dalam pembelian secara dalam talian.

Sebagai contoh, Kajian Voice of Consumer Survey 2024: Asia Pacific mendapati pengguna kini lebih cenderung kepada pembelian secara dalam talian berbanding pembelian secara konvensional di kedai fizikal. Kajian tersebut menunjukkan bahawa 36% responden menggunakan telefon pintar, 16% menggunakan komputer, dan 13% lagi menggunakan tablet.

Selain itu, usaha untuk meningkatkan nilai jualan barangan tempatan melalui KBBM juga akan memberi tumpuan kepada penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa. Pada tahun 2024, KPDN akan memperkukuh kerjasama dengan beberapa rangkaian pasar raya besar bagi tujuan mengantarabangsakan barangan Malaysia ke pasaran luar negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun, dan China.

KPDN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *