Legenda Bollywood Udit Narayan Akan Mengadakan Konsert Pada November Ini – 2024

Udit narayan

Penyanyi Bollywood terkenal, Udit Narayan, yang telah lama menjadi suara ikonik dalam industri muzik Bollywood serta beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculan yang dinanti-nantikan di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28 November 2024.

Udit Narayan, yang menjadi suara latar bagi ramai bintang Bollywood termasuk Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Amitabh Bachchan, dan banyak lagi, telah menyanyikan lebih daripada 25,000 lagu dalam lebih 36 bahasa sepanjang tiga dekad kariernya. Dengan 22.3 juta pendengar di Spotify, Udit Narayan juga telah memenangi pelbagai anugerah yang mengukuhkan statusnya sebagai legenda muzik.

Udit mula mencipta nama pada tahun 1980-an dengan lagu “Papa Kehte Hain“, yang membawa kepada kemenangan pertama beliau di Anugerah Filmfare. Persembahannya dalam soundtrack filem “Qayamat Se Qayamat Tak” mengukuhkan lagi kedudukannya di Bollywood, membawa kepada lonjakan populariti dan jualan album yang luar biasa. Udit sering berkolaborasi dengan penyanyi terkenal seperti Alka Yagnik, Lata Mangeshkar, dan Kumar Sanu. Antara filem-filem popular yang memaparkan suara mereka adalah Kuch Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai, Mohabbatein, Kaho Naa Pyar Hai, dan Kabhi Khushi Kabhie Gham, yang kesemuanya berjaya mencatat sejarah dalam industri filem Bollywood.

Suaranya menjadi kegemaran pengarah muzik terkemuka, memberi peluang kepada Udit untuk bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Anu Malik, Jatin Lalit, A. R. Rahman, Rajesh Roshan, dan Shankar Mahadevan. Melalui kerjasama dengan pengarah hebat seperti Yash Chopra, Sanjay Leela Bhansali, dan Karan Johar, Udit telah membawa sentuhan melodi yang memukau dalam filem-filem ikonik mereka. Dikenali sebagai Raja Melodi, 21 lagunya termasuk dalam senarai “40 Lagu Terbaik Bollywood Sepanjang Zaman” oleh BBC, satu pengiktirafan yang menegaskan lagi sumbangannya dalam dunia muzik.

Peminat Bollywood di Asia Tenggara pastinya tidak akan melepaskan peluang emas untuk menyaksikan persembahan secara langsung daripada Udit Narayan dalam konsert yang dianjurkan oleh Filloz International dan LR Asia pada bulan November ini. Tiket-tiket untuk konsert tersebut telah mula dijual di Ubertickets sejak 28 Ogos 2024, dengan diskaun istimewa sebanyak 10% bagi pembelian awal yang berlangsung sehingga 16 September 2024. Dapatkan tiket anda sekarang di https://uditnarayan.ubertickets.asia

Maklumat konsert :

ACARA: A Lovely Night with Udit Narayan (Anjuran Filloz International & LR Asia)

 TARIKH: 28 November 2024/ 8Malam

DURASI: 2 jam

BAHASA: English dan Hindi

TEMPAT: Setia Spice Arena, Penang

TICKET:

  • RM1999 JADU TERI NAZAR (Merchandise+Meet&Greet) – SOFA
  • RM899 KOKKORAKKO (Merchandise) -DUDUK
  • RM599 DIL TO PAGAL HAI (Poster) – DUDUK
  • RM399 BOLE CHUDIYAN (Poster) – BERDIRI
  • RM199 PAPA KEHTE HAIN – DUDUK
  • RM109 KADHAL PESASE – DUDUK

PROMOSI: JUALAN AWAL DENGAN DISKAUN 10% (dari 28 Ogos 2024 -16 September 2024)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *