Pada hari Ahad yang lalu, Lotus Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. telah menyatukan lebih daripada 4,000 peserta dan 120 jenama dalam acara Ceria Charity Run yang kedua.
Melalui kerjasama yang erat dengan rakan kongsi perniagaan dan penyertaan aktif dari masyarakat, Ceria Charity Run 2024 dari Lotus berjaya mengumpulkan RM400,000 untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah yang kurang mendapat perhatian, serta menyumbang barangan bernilai RM2,300,000.
Dengan bantuan Yayasan PINTAR, dana ini akan digunakan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dan mencipta persekitaran yang lebih baik di sekolah-sekolah yang memerlukan di seluruh negara, selaras dengan fokus pendidikan #KitakanJiran. Dana RM150,000 yang dikumpulkan dari acara tahun lalu telah digunakan untuk menaik taraf makmal komputer dan membaik pulih makmal reka bentuk di SK Methodist ACS Seremban, serta menggantikan perabot yang rosak di makmal sains SK Pandan Jaya.
Ketua Pegawai Eksekutif Lotus’s Malaysia, Saksit Panurach, menyatakan rasa syukur terhadap sokongan padu daripada peserta dan rakan niaga. “Kami berbesar hati kerana dikelilingi oleh komuniti yang berkomitmen untuk menghapuskan halangan dalam pendidikan dan mempromosikan gaya hidup aktif,” ujarnya.
Ceria Charity Run 2024 menampilkan konsep ‘Lari & Kutip’, di mana peserta diberi beg guna semula untuk mengumpul goodies sepanjang larian. Setiap peserta pulang dengan baucar diskaun RM400 dan barangan goodie bernilai lebih RM150, serta peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM18,000. Hadiah utama berupa kerusi urut uSmarto Zero Healthcare, serta treadmill dan basikal spinning.
Selain itu, peserta dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti permainan, saringan kesihatan, dan bertemu watak animasi popular seperti BoBoiBoy. Pelbagai jenama terkemuka seperti Nestlé, Unilever, dan Kimberly-Clark turut menyokong acara ini, menjadikan Ceria Charity Run 2024 satu kejayaan yang tidak hanya memberi sumbangan, tetapi juga mengeratkan ikatan komuniti.
Di samping itu, acara ini juga menawarkan saringan kesihatan dan pemeriksaan mata yang disediakan oleh Pusat Perubatan Cengild G. I. dan La Calisto. Inisiatif ini memberikan peluang kepada peserta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma, sekaligus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan diri.
Terdapat pelbagai aktiviti yang juga akan berlangsung di Lotus’s Ara Damansara untuk dinikmati oleh para pelanggan sehingga 31 Oktober 2024 seperti:
- 27 September – 29 September 2024: Pelancaran Nestle Kit Kat Mixes, minuman coklat Kit Kat pertama di dunia yang dihasilkan di Malaysia (Tingkat Bawah)
- 29 September – 30 September 2024: Tawaran promosi eksklusif dalam stor (Pasar Raya, Tingkat Pertama)
- 29 September – 30 September 2024: Temui Nina, Kambing Pygmy dan rakan-rakannya di Mini Petting Zoo dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Ara Damansara (Tingkat Bawah)
- 27 September – 31 October 2024: Bouncy Castle (Tingkat Pertama)