Lotus’s Malaysia Lancar Semula Stor Melaka Peringgit

Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah melancarkan semula stor pertama yang diperbaharui di luar Lembah Klang hari ini. Lotus’s Melaka Peringgit menyambut kedatangan pelanggan dengan pelbagai persembahan budaya yang menarik sebagai tanda meraikan pembukaan semula stor yang terletak di bandar bersejarah Melaka.

Dalam usaha menghargai kekayaan warisan budaya negeri Melaka, pembaharuan stor ini telah menampilkan dekorasi baharu yang terinspirasi daripada seni rekaan Jubin Peranakan. Motif dan simfoni warna yang diambil daripada seni Peranakan memberi kesan visual yang menonjol kepada para pengunjung Lotus’s Melaka Peringgit. Selain daripada penambahbaikan di bahagian elektrik, ruang produk segar, daging, makanan laut, dan bakeri, penampilan ruangan baharu Ceria-Yah juga menawarkan pelbagai pengalaman interaktif yang menarik bagi para pelanggan.

“Stor Melaka Peringgit telah berkhidmat kepada komuniti selama 22 tahun. Oleh itu, kami telah melaburkan lebih daripada RM1 juta untuk pembaharuan stor ini bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelanggan dapat dipenuhi dengan baik. Kami berkomitmen untuk memenuhi jangkaan pelanggan dengan menyediakan persekitaran membeli-belah yang lebih moden dan selesa,” kata Neil Gurusamy, Pengarah Eksekutif Operasi Lotus’s Malaysia.

Sebelum ini, Lotus’s telah merasmikan pelancaran semula bagi tiga stor di Lembah Klang dengan jumlah pelaburan melebihi RM4 juta. Lotus’s juga merancang untuk memodenkan lebih banyak cawangannya di seluruh negara.

Untuk meraikan perayaan Deepavali dan menambahkan keceriaan kepada pelanggan di Lotus’s Melaka Peringgit, stor ini menawarkan pelbagai tawaran pembukaan semula yang menarik, termasuk harga RM1.99 untuk brokoli, RM1.99 sekilogram untuk tomato, RM10 untuk dua pek Anggur Muscat, ayam seekor dari RM5.99, Sos Cili Maggi RM1 dengan pembelian dua ayam Rotisserie, dan banyak lagi. Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik sedang menanti semua pelanggan sehingga 3 November 2024:

Menangi eBaucar Lotus’s atau Beg Goody (24 Oktober – 27 Oktober 2024)

  • Siapa Cepat, Dia Dapat – belanja RM80 dalam satu resit dan berpeluang memenangi produk jenama Lotus’s bernilai RM10 dan baucar Lotus’s Shop Online bernilai RM10 (50 pemenang sehari)
  • Timbang, Pastu Menang – capai berat minimum 30kg bagi setiap troli dan bawa pulang Baucar Hadiah Lotus’s bernilai RM10 (300 pemenang sehari)
  • Cabutan Bertuah – belanja minimum RM120 dalam satu resit dan berpeluang memenangi baucar e-Lotus’s bernilai RM200.
  • Tiga ahli baru My Lotus’s yang mendaftar akan berpeluang memenangi jongkong emas seberat 10 gram bernilai RM4,300, atau baucar e-Lotus’s bernilai RM500 (terhad kepada sepuluh pemenang).

Manfaat Tambahan kepada Ahli My Lotus’s

  • Ahli My Lotus’s akan menikmati 2X mata My Lotus’s bagi setiap pembelian di Lotus’s Melaka Peringgit (24 Oktober – 27 Oktober 2024)
  • Dari 24 Oktober – 30 Oktober 2024, dengan perbelanjaan minimum RM120 di Lotus’s Melaka Peringgit, ahli My Lotus’s akan menerima baucar dalam aplikasi bernilai RM5 yang boleh digunakan dari 31 Oktober – 6 November 2024 dengan perbelanjaan minimum RM100 pada pembelian seterusnya.

Persampelan Makanan dan Barangan Percuma di Ruang Acara Ceria-Yah

  • Pengambilan sampel dan acara promosi oleh 17 jenama terkenal seperti Oatside, Mie Sedaap, Dutch Lady, Maggi, Ambi Pur, Febreeze, Gillette, Mister Potato, Corn Toz, makanan kegemaran tempatan Melaka – Mamee, dan banyak lagi.
  • Sertai cabaran Mi Pedas Korea yang baharu di gerai Mie Sedaap secara percuma, dan berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif Touch N’ Go Ahn Hyo Seop.
  • Pelanggan juga berpeluang untuk mencuba dan membeli snek Thai kegemaran ramai seperti Lays, Koh Kae, Pocky, PAMA Mi Tom Yum dan banyak lagi dari 17 Oktober hingga 31 Oktober 2024.

Aktiviti dan Tawaran Menarik di Pusat Membeli-belah (24 Oktober – 3 November 2024)

  • Dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Melaka Peringgit, sertai pelbagai aktiviti bertemakan Deepavali seperti:
Aktiviti Tarikh
Sand Art 24 Oktober 2024, 31 Oktober 2024
Lukisan Batik DIY 24 Oktober – 27 Oktober 2024

31 Oktober – 3 November 2024

Bengkel Gelang DIY
Henna Percuma 25 Oktober 2024
Pertandingan Mewarna 26 Oktober 2024
Pertandingan Kraf Rangoli 27 Oktober 2024
Pertandingan Mengasingkan Muruku 1 November 2024
Aktiviti Kraf Vilaku 2 November 2024
  • Nikmati persembahan flash mob khas oleh Tropa De Santa Maria pada waktu berikut: 24 Oktober (9 pagi), 26 Oktober (12 tengah hari), 27 Oktober (5 petang), 2 November (2 petang), 3 November (12 tengah hari).
  • Temui Loki the bearded dragon di petting zoo yang terletak di pintu masuk sisi Lotus’s Melaka Peringgit dengan bayaran hanya RM6 setiap orang bagi umur 2 tahun ke atas.
  • Pameran motosikal dan kereta vintaj di pintu masuk Lotus’s Melaka Peringgit (24 Oktober – 27 Oktober 2024).
  • Nikmati diskaun sehingga 80 peratus, atau tawaran beli 2 percuma 3 di kedai peruncit yang mengambil bahagian di Lotus’s Melaka Peringgit.
  • Diskaun 5 peratus bagi menu terpilih di medan selera cawangan tersebut.

Para pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat terkini serta aktiviti mengenai pembukaan semula Lotus’s Melaka Peringgit boleh melayari saluran rasmi Lotus’s di Facebook dan Instagram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *