Lotus’s Kepong Kini Diperbaharui dengan Aktiviti Menarik, Promosi Hebat, dan Hadiah Menanti! – 2024

Lotus’s Malaysia telah melancarkan semula cawangan Kepong mereka dengan pengubahsuaian yang segar dan menarik dari 29 Ogos hingga 1 September 2024. Cawangan Kepong yang telah beroperasi selama 14 tahun ini kini menawarkan susun atur yang lebih luas dan dalaman yang lebih menyegarkan. Pelanggan dan keluarga mereka berpeluang menyertai pelbagai aktiviti serta memenangi hadiah menarik sepanjang tempoh tersebut.

Menurut Saksit Panurach, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus’s Malaysia, “Stor Kepong kami telah melayani komuniti terdekat dan pelanggan perniagaan sejak ia dilancarkan. Dengan pengubahsuaian ini, kami bertujuan untuk menawarkan rupa stor yang lebih segar dan pengalaman membeli-belah yang lebih luas, bersama-sama dengan pelbagai pilihan barangan berkualiti tinggi pada harga yang rendah.”

Pengubahsuaian ini bertujuan untuk menarik semula perhatian pelanggan serta memberi inspirasi kepada mereka untuk terus memilih Lotus’s sebagai destinasi utama untuk keperluan membeli-belah dan sebagai tempat berkumpul bagi komuniti.

 

Warga kerja Lotus’s Malaysia telah mendengar maklum balas pelanggan dan bekerja keras selama empat minggu untuk merealisasikan dan melengkapkan format stor baharu ini, yang juga akan diaplikasikan ke kebanyakan stor-stornya yang lain di seluruh negara. Penambahbaikan kini sedang dijalankan untuk Lotus’s Mutiara Damansara dan Lotus’s Ampang.

Dalam meraikan rupa baharu Lotus’s Kepong, peruncit itu memberi ganjaran kepada pelanggannya selama empat hari dengan menyediakan pelbagai peluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik:

  • PERCUMA Sos Cili Lotus’s dengan setiap pembelian ayam panggang di Rotisserie-nya (100 pelanggan pertama pada 29 Ogos)
  • Spend & Win – membelanjakan RM80 dalam satu resit dan berpeluang memenangi produk jenama Lotus’s bernilai RM40 (50 pemenang)
  • Spend & Win – membelanjakan RM50 dalam satu resit dan memenangi produk jenama Lotus’s bernilai sehingga RM10 (50 pemenang)
  • Timbang & Menang – mencecah minimum 30kg dan pulang dengan baucar tunai RM20 (100 pemenang)
  • Baucar Ganda-Ganda – Nikmati baucar tunai sehingga RM8 untuk ahli My Lotus’s tanpa perbelanjaan minimum
  • Menangi RM100 dengan MyDebit
  • PERCUMA Minuman Kordial Lotus’s dengan pembelian minimum RM10 dan pembelian 2 x Jus Buah-buahan pada harga RM10 sahaja di kaunter Medan Selera Minum Dulu
  • Promosi dan diskaun daripada lebih 20 penyewa pusat membeli-belah yang mengambil bahagian
  • Persampelan produk dan promosi istimewa daripada 27 jenama dalam ruang acara Ceria-Yah-nya

Pelanggan dan orang ramai juga boleh menikmati City Beach Market dengan lebih daripada 50 gerai yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan barangan di laman luar Lotus’s Kepong. 

Untuk perbelanjaan minimum RM20, mereka yang suka meluangkan masa dengan haiwan-haiwan comel serta eksotik boleh berinteraksi dengan haiwan- haiwan itu di Mini Petting Zoo yang terletak di Tingkat Bawah Pusat Beli-belah Lotus’s Kepong Village Mall.

Aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan pada 31 Ogos 2024 termasuk hiasan cupcake Merdeka dari jam 11 pagi-2 petang dan pertunjukan Fesyen Bintang Kecil Merdeka (4 petang-6 petang) berhampiran medan seleranya. Hanya dengan perbelanjaan minimum RM20 di mana-mana penyewa atau di pasar rayanya, ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka untuk menyertai pertunjukan fesyen bertemakan Merdeka ini dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *