FGV Holdings Berhad (FGV), melalui jenama SAJI, menyambut ulang tahun ke-25 sebagai Teman Kulinari rakyat Malaysia dengan melancarkan kempen SAJI Ramadan Raya 2025 bertemakan “SAJI Rayakan Rasa”. Kempen ini bukan sahaja mengetengahkan kelazatan juadah Aidilfitri, tetapi juga mengangkat emosi dan kenangan yang mengiringi suasana perayaan.
Sebagai kemuncak kempen, SAJI mempersembahkan filem pendek Hari Raya bertajuk “Nas Si Goreng”, yang dilancarkan pada 21 Mac 2025 dalam majlis berbuka puasa di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Filem ini mengisahkan Anas, seorang pemuda yang membesar dengan melihat ibunya memasak penuh kasih sayang. Namun, selepas pemergian ibunya, Anas sukar menerima kehilangan tersebut sehingga mula mereka cerita untuk mengisi kekosongan hatinya. Filem ini menyentuh tema kasih sayang, kenangan, dan penyembuhan, serta dibintangi oleh Fadhli Masoot, Nabila Huda, dan Liza Abdullah.

Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr. Suzana Idayu Wati Osman, berdiri di posisi kelima dari kiri dalam barisan tetamu di atas pentas.
Dalam usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR), SAJI meneruskan program SAJI Seikhlas Hati dengan meraikan 20 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia. Mereka menerima sumbangan Aidilfitri RM300 dan hamper produk SAJI & SERI PELANGI bernilai RM50 setiap seorang. Selain itu, menjelang Aidilfitri, SAJI akan membantu 200 golongan asnaf di Kuantan serta menyumbang RM10,000 untuk membaik pulih rumah mangsa ribut.
Untuk memperkukuh keterlibatan jenama, SAJI bekerjasama dengan Hotel Seri Pacific dan Serai Group. Kerjasama dengan Seri Pacific menampilkan 18 video resipi eksklusif oleh chef terkemuka untuk juadah berbuka dan sahur, manakala kolaborasi dengan Serai menawarkan pengalaman menjamu selera istimewa, termasuk jamuan rumah terbuka bernilai RM4,000 kepada dua pemenang bertuah.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2000, SAJI telah menjadi jenama minyak masak No.1 di Malaysia dan berkembang ke pelbagai produk kulinari seperti krimer, santan, ketupat, dan kerisik. Produk SAJI juga dieksport ke 13 negara termasuk Vietnam, Pakistan, Kanada, dan Turki. Antara anugerah yang diraih ialah Reader’s Digest Trusted Brands Platinum Award 2024, Kantar Brand with Most Incremental Shoppers 2023, serta beberapa pencapaian dalam Kancil Awards 2024 & 2025.
Sebagai sebahagian daripada kempen, SAJI turut menganjurkan Peraduan SAJI Rayakan Rasa dengan hadiah keseluruhan bernilai RM50,000. Pengguna hanya perlu membeli produk SAJI, SERI PELANGI, atau PREMEO bernilai RM25 ke atas dan menghantar bukti pembelian melalui WhatsApp ke +6011-5118 3825.
Untuk menonton filem pendek “Nas Si Goreng” dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen, ikuti SAJI di Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube (@sajimalaysia).