Bahang kemeriahan Karnival UDA 2024 semakin terasa dengan penyertaan Mari SeeNI sebagai Rakan Strategik Pemangkin Acara. Kerjasama baru ini dijangka akan menyemarakkan lagi program tahunan tersebut. UDA Holdings Berhad, yang diberi mandat oleh Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk memperkasakan usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), selaras dengan misi Mari SeeNI. Pelancaran Mari SeeNI di Karnival UDA 2024 merupakan pengaktifan jenama yang tepat pada masanya.
Karnival tahun ketiga ini membawa semangat tinggi untuk memperkasakan pemilikan hartanah dan melibatkan usahawan Bumiputera dalam ekonomi bandar. Di bawah naungan UDA, karnival ini bukan sekadar acara biasa, tetapi lambang komitmen dalam memperkukuh ekonomi Bumiputera.
Mari SeeNI akan menambahkan kemeriahan Karnival UDA dengan rangkaian aktiviti eksklusif yang direka mengikut zon-zon bertema, selaras dengan zon yang tersedia di Karnival UDA 2024.
Karnival UDA 2024, yang kini masuk tahun ketiga, menampilkan konsep baharu dengan tujuh zon untuk seisi keluarga. Zon-zon ini termasuk Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Pa C Ma, dan Jualan Pelbagai, di mana Mari SeeNI akan memeriahkan lima zon melalui penglibatan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival.
Selain itu, Mari SeeNI juga akan memberikan liputan media istimewa untuk aktiviti-aktiviti mengikut zon dan jenama yang relevan, memaksimumkan promosi Karnival UDA 2024 melalui platform digital Ideaktiv, secara tidak langsung membantu memajukan ekonomi dan kelestarian usahawan Bumiputera.
Mari SeeNI akan menghidupkan zon-zon di Karnival UDA 2024 dengan penyertaan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung. Inisiatif ini juga akan melibatkan liputan media istimewa bagi setiap aktiviti dan jenama yang berkaitan mengikut zon-zon, sekaligus memaksimumkan promosi Karnival UDA 2024 melalui platform digital Ideaktiv, membantu memajukan ekonomi serta kelestarian usahawan Bumiputera.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keistimewaan Mari seeNI buat pertama kalinya di Karnival UDA 2024 dan rasai kehangatan Karnival UDA tahun ini dengan menjadikannya sebahagian daripada pengalaman yang penuh dengan nilai kebersamaan dan tidak dapat dilupakan.
Mari SeeNI nadi kemeriahan Karnival UDA akan berada di:
- Tapak Parkir Gravitas, Pulau Pinang : 26 – 28 Julai 2024
- Bandar Tun Hussein Onn, Selangor: 27 – 29 September 2024
- Angsana Johor Bahru Mall, Johor: 11 – 13 Oktober 2024
- Tapak Projek Neu Pendington, Kuching, Sarawak: 25 – 27 Oktober 2024