MASAK APA TU? DAN 5 RENCAH 5 RASA KEMBALI UNTUK MENGHIBURKAN ANDA DENGAN RESEPI BARU!

Petaling Jaya, 1 September 2022 – Masak Apa Tu? dan 5 Rencah 5 Rasa, dua rancangan masakan yang digemari, akan kembali menemani hari bekerja anda. Sudah tentu ramai yang teruja untuk mempelajari dan menguji resipi baharu bersama Chef Sherson Lian di 5 Rencah 5 Rasa, serta menyaksikan telatah ringkas selebriti tanah air memasak untuk pasangan mereka di Masak Apa Tu?

Masak Apa Tu? akan mula menyapa penonton TV3 pada hari Isnin jam 11.30 pagi pada 29 Ogos 2022. Pada setiap episod, 13 pasangan selebriti menunjukkan kebolehan memasak kegemaran mereka, yang dinilai oleh juri jemputan. Ropie (Pak Kodi), Aepul Roza & Leez, Lan Solo, Kaka Azraff, Zaim, Shahrul Kamal, Azzam Sham, Riz Amin, Aprena Manrose, Zalif Sidek, Akhmal Nazri, Fiza Thomas, dan Aizat Amdan adalah antara selebriti bersama pasangan mereka yang akan memeriahkan persembahan ini.

Selebriti jemputan di Masak Apa Tu? dicabar dari segi mental dan fizikal melalui pelbagai permainan yang menghiburkan selain menunjukkan bakat memasak mereka. Melalui sesi soal jawab, bolehkah pasangan terkenal ini benar-benar mengenali antara satu sama lain? Pastikan anda menontonnya untuk mengetahui jawapannya. Chef Brian dan Bell Ngasri akan menjadi juri untuk makanan musim ini.

5 Rencah 5 Rasa ialah rancangan kulinari popular yang dihoskan oleh chef selebriti Sherson Lian yang akan disiarkan setiap hari Selasa jam 11.30 pagi mulai 6 September. 5 Rencah 5 Rasa kembali dengan hidangan popular dan lazat dari setiap negeri; pastinya peminat setia tidak sabar untuk melihat dan mencuba pelbagai resepi yang akan disampaikan.

Seperti musim-musim sebelum ini, Cef Sherson akan berkongsi 5 resepi bertema yang ringkas, mudah, lazat dan juga tips menarik di setiap episod.  Nantikan juga kelas memasak virtual bersama peniaga online dalam mempelajari resepi pencuci mulut. 

Jangan lupa saksikan musim baharu Masak Apa Tu? pada setiap Isnin, pukul 11.30 pagi dan 5 Rencah 5 Rasa pada setiap Selasa, pukul 11.30 pagi dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *