Menyatukan Usaha Bersama Astro dan Nu Ideaktiv Melalui Hello Kedah

 

Program Hello Kedah yang bakal berlangsung pada 5 Julai 2024 di Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah merupakan inisiatif sinergi kreatif antara Nu Ideaktiv dan Astro. Matlamatnya adalah untuk memupuk semangat kekitaan dan perpaduan di kalangan masyarakat setempat, sambil mengukuhkan silaturahim dalam komuniti. Acara ini juga bertujuan menyokong ekonomi tempatan dengan membuka peluang kepada peniaga kecil melalui pameran dan promosi jualan murah produk makanan dan minuman tradisional serta moden yang terkenal di Kedah.

Hello Kedah bukan sekadar acara hiburan, tetapi juga platform untuk memperluaskan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sosial dan ekonomi. Dengan menyertai program ini, penduduk setempat dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti senaman “Pound Stick”, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, serta gunting rambut percuma di booth Ideaktiv. Selain itu, kehadiran selebriti tempatan seperti Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, dan Sepahtu akan memeriahkan lagi suasana dengan persembahan istimewa dan sesi autograf.

 

 

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim, dengan bangganya menyatakan, “Buat julung kalinya, kami diberi penghormatan untuk menganjurkan Siri Hello yang sememangnya sinonim dengan Astro dan kami gunakan kekuatan kami sebagai perantara komuniti untuk membentuk aktiviti dan program yang disediakan untuk Hello Kedah. Selain dari usaha murni untuk mengeratkan hubungan antara komuniti setempat, kami cuba untuk memastikan setiap program Astro dan pengisian jenama-jenama Ideaktiv dipromosikan secara maksimum. Hello Kedah ini juga dilihat sebagai medium untuk kami berinteraksi dengan warga Kedah dengan lebih dekat. Kami sangat berbangga dapat bekerjasama dengan Astro Marketing dalam menjayakan program ini, serta memperkenalkan aplikasi seeNI dan laman web baharu KLiiK yang diharapkan akan memberikan kemudahan dan manfaat besar kepada penduduk Kedah. Sinergi antara Nu Ideaktiv dan Astro dalam menganjurkan program ‘Hello Kedah’ adalah contoh terbaik bagaimana dua entiti besar boleh bergabung untuk membawa manfaat kepada komuniti.”

 

TENTANG NU IDEAKTIV

Nu Ideaktiv Sdn Bhd adalah hasil usaha sama antara Astro dan Karangkraf yang berdiri sejak 2 Mei 2018. Syarikat ini berkomitmen untuk menyebarkan informasi melalui kandungan media digital yang inspiratif, menjadikannya sebagai salah satu jenama terkemuka dalam landskap media Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi kami di https://www.ideaktiv.com/.

TENTANG KLIIK

KLiiK merupakan portal komuniti aktif yang memacu pelbagai aktiviti untuk pengguna dalam talian, terutamanya mereka yang mengikuti Ideaktiv. Dengan tagline “Join, Layan & Dapat Ganjaran”, KLiiK menawarkan pelbagai ganjaran menarik bagi penggunanya. Ia merupakan pusat utama gaya hidup di Malaysia, di mana setiap KLiiK memberikan akses kepada ganjaran tambahan, pertandingan, sampel percuma, event, seminar, dan webinar yang menarik, semuanya di bawah satu portal yang mudah diakses. Selain itu, pengguna boleh menikmati artikel dari jenama pilihan yang mereka minati.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *