Fri. May 24th, 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Nafkah (NACCOL) Bilangan 1 Tahun 2023, yang dijalankan pada 9 Januari 2023, sedang dibawa ke mesyuarat ini.

Mesyuarat turut membincangkan secara terperinci dan memperhalusi syor-syor yang dipersetujui termasuklah :

  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meneliti cadangan menaik taraf Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) sebagai Agensi Sekuriti Makanan;
  • KPKM juga akan mendayaupayakan FAMA dalam meluaskan jaringan pemasaran dengan menumpukan kepada kawasan kawasan berkepadatan tinggi dan kawasan luar bandar yang kurang akses kepada khidmat peruncitan;
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menguatkuasakan OPS TIRIS selama enam (6) bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 31 Ogos 2023 dengan tujuan untuk membanteras penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang telah menyebabkan kerugian kepada pihak Kerajaan dan mengakibatkan bekalan diesel tidak sampai kepada yang layak
  • Sehingga 31 Mac 2023, sebanyak 3,424 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara yang melibatkan 92 kes dengan jumlah 88 tangkapan serta nilai rampasan sebanyak RM3.02 juta yang melibatkan 41 kes serahan.
  • Salah satu inisiatif untuk menangani ketirisan diesel bersubsidi yang dipersetujui di dalam mesyuarat tadi adalah dengan perluasan stesen minyak tanpa subsidi secara berfasa di kawasan sempadan negara seperti:

 

  • Kelantan – Rantau Panjang dan Bukit Bunga (Jeli)
  • Sarawak – Tebedu, Ba’Kalan dan Lundu
  • Perak – Pengkalan Hulu
  • Johor – Tambak Johor dan Second Link
  • Perlis – Padang Besar dan Wang Kelian
  • Kedah – Bukit Kayu Hitam

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga telah memperkenalkan Program Payung RAHMAH bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 (pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan) dan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan dan barangan keperluan asas. Program Payung RAHMAH yang dilaksanakan ini juga dapat menarik tarikan pengunjung atau pembeli yang secara tidak langsung akan dapat membantu jualan peniaga;

Inisiatif Payung RAHMAH juga merupakan hala tuju baharu yang dilaksanakan kerana ianya tidak melibatkan subsidi secara langsung daripada Kerajaan sebaliknya Kerajaan menumpukan kepada intervensi dasar bagi membantu operasi peniaga untuk terus kekal lestari;

Sehingga 1 April 2023, terdapat sebanyak 1,706 pengusaha Restoran/ Kedai Makan di seluruh negara telah melaksanakan Program Menu RAHMAH yang memberikan manfaat penjimatan serta membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat melalui menu yang ditawarkan.

Tambahan itu, bersempena dengan bulan Ramadan serta Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, suka juga ingin saya umumkan berkenaan beberapa inisiatif baharu RAHMAH yang pada asalnya bermula dengan Menu RAHMAH kini telah diperluaskan kepada barangan seperti tekstil dan akan dikembangkan kepada perkhidmatan seperti insurans seperti berikut:

  • Bazar Ramadan RAHMAH di 38 lokasi yang menawarkan menu berbuka puasa pada kadar harga Menu RAHMAH;
  • Baju Raya RAHMAH sebagai usaha membantu golongan memerlukan menghadapi persediaan menyambut perayaan Aidilfitri; dan
  • Insurans RAHMAH bagi memberi kemudahan perlindungan pada kadar yang lebih berpatutan untuk rakyat

Suka juga saya maklumkan bahawa Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan ini akan bermesyuarat sebula sekali bagi melihat keberkesanan semua program yang dicadangkan dalam Mesyuarat NACCOL.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *