Teknologi merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian kita semua dalam era digital yang serba pantas pada hari ini. Dengan memahami keperluan untuk mencapai keseimbangan antara penggunaan dunia digital dan keselamatan anak-anak kita, myFirst kini memperkenalkan empat gajet mesra kanak-kanak baharu dan inovatif.
myFirst berpandukan misi untuk mencipta alat inovatif yang memenuhi keperluan unik kanak-kanak di samping memahami keselamatan yang ibu bapa mahukan. Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita sering berhadapan dengan maklumat yang bercanggah tentang kesan gajet terhadap kanak-kanak. Sesetengah kajian menunjukkan kesan negatif dalam pelbagai aspek, namun ada juga yang menghuraikan potensinya dari segi pembelajaran dan tumbesaran kanak-kanak.
Untuk jaminan perjalanan teknologi yang selamat untuk kanak-kanak, myFirst menangani keperluan kritikal untuk menyediakan teknologi ini. Mereka komited untuk memastikan kanak-kanak terdedah kepada teknologi dan menggunakannya dengan cara yang bermanfaat.
Sebagai permulaan, aplikasi komuniti sosial “myFirst Circle” untuk kanak-kanak yang menghubungkan hampir 30,000 pengguna dari 100 negara, dikemas kini dengan fungsi interaktif yang menarik, seperti “Momojis” untuk komunikasi secara ekspresif dan “Knock-Knock” untuk berkongsi detik menggembirakan dengan keluarga pada masa nyata. myFirst Circle dilancarkan pada bulan Januari 2023 kerana pengasasnya melihat jurang dalam ketersediaan platform digital yang membolehkan kanak-kanak bersosial dengan persekitaran yang selamat dan terkawal.
Tersedia untuk jam tangan pintar dan telefon mudah alih, aplikasi myFirst Circle 2.0 memperkenalkan pelbagai ciri interaktif yang menyeronokkan seperti “Momojis” yang membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan mereka melalui emoji bergerak dan “Knock-Knocks” di mana kanak-kanak boleh segera membalas panggilan atau “nudges” dari ibu bapa melalui video pendek atau foto. Penjejak lokasi pintar baharu menawarkan pemantauan aktiviti semasa dan lokasi anak-anak kepada ibu bapa untuk ketenangan fikiran sepanjang hari.
Pengasas myFirst, G-Jay Yong berkata, “Kami ingin memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menerokai dunia media sosial sambil memastikan kami dapat membimbing mereka di sepanjang perjalanan mereka. Pada hari ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan myFirst Circle 2.0, bersama-sama dengan peranti
baharu kami – myFirst Fone R2, myFirst Frame Doodle dan myFirst Frame Live. myFirst Fone R2 menawarkan reka bentuk yang moden serta paparan skrin yang menakjubkan, manakala myFirst Frame Doodle ialah tambahan yang bukan sahaja meningkatkan pengalaman digital kanak-kanak tetapi juga memberikan datuk dan nenek peluang untuk berhubung dengan cucu mereka dengan mudah, sekaligus memupuk hubungan kekeluargaan yang bermakna.”
Dia menambah, “Melalui aplikasi Circle, saya sering memantau perjalanan anak perempuan saya dan memahami aktiviti hariannya, sama ada semasa waktu makan tengah hari, sebelum tidur, atau sewaktu saya perlu bekerja lebih masa atau perlu ke luar negara. Inspirasi di sebalik fungsi “Knock-Knock” adalah keinginan saya untuk berkongsi detik-detik ini dengan mudah. Kini, saya boleh memantau dan dia akan membalas mesej yang menghiburkan, contohnya apabila dia memaklumkan sedang menikmati semangkuk strawberi di rumah. Ianya nampak ringkas tetapi efektif untuk mengeratkan hubungan di antara kami, tidak kira di mana kami berada.”
Sebelum ini, myFirst Fone R1, S3 dan R1s, jam tangan telefon pintar muzik 4G LTE pertama kami telah memasuki pasaran pada November 2020 (R1), Disember 2021 (R1s) dan Februari 2023 (S3) sebagai teknologi yang memperkasakan kanak-kanak sambil memastikan mereka selamat. Selain itu, sejajar dengan rangkaian produk audio kami, myFirst turut menawarkan fon kepala myFirst BC Wireless, BC Wireless Lite, myFirst CareBuds dan myFirst Headphones AirWaves yang memberikan pengalaman muzik dan audio telinga terbuka. Teknologi ini memastikan tahap audio ditetapkan pada kelantangan yang sesuai untuk melindungi telinga kanak-kanak sambil memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
myFirst Fone R2
Satu ciri utama yang membezakan myFirst Fone R2 daripada model sebelumnya ialah “Magic Button“ serba baharu. Ciri ini menjadikan penggunaan peranti ini lebih cepat dan selesa untuk kanak-kanak dengan membenarkan mereka mengawal pelbagai fungsi dengan sekali tekan. Dengan “Magic Button”, anda mempunyai kawalan mudah di hujung jari anda untuk melihat notifikasi, membuat panggilan dan melancarkan aplikasi.
Selain itu, myFirst Fone R2 juga mempunyai storan besar sebanyak 8GB. Ini memastikan kanak-kanak mempunyai ruang tambahan untuk kesemua kandungan dan momen kegemaran mereka. Mereka boleh terus berhubung untuk tempoh lebih lama dengan adanya kapasiti bateri 605mAh yang dipertingkatkan. Ini merupakan peningkatan ketara daripada versi sebelumnya yang hanya mempunyai storan 4GB dan bateri 580mAh. Dengan skrin AMOLED, pengurangan ketebalan sebanyak 16%, dan berat 7g lebih ringan daripada model sebelumnya, myFirst Fone R2 menetapkan standard baharu untuk jam tangan pintar yang praktikal. Ia lebih padan dan selesa untuk kegunaan anak-anak anda.
myFirst Voice 2
Sementara itu, myFirst Voice 2 membawa perubahan dalam dunia mikrofon dan pembesar suara tanpa wayar. Inovasi ini direka untuk mengubah satu perjumpaan menjadi sesi karaoke yang menyeronokkan. Bukan itu sahaja, anda boleh menukar suara serta-merta dengan hanya satu butang Teknologi Penukaran Suara AI. myFirst Voice 2 menawarkan kemudahan wireless, kad memori atau kabel AUX,
myFirst Voice 2 sedia membantu anda. Alami hiburan tanpa henti melalui lima mod suara yang menyeronokkan yang disediakan.
myFirst Frame Doodle 9”
Sebagai tambahan peranti baru dalam ekosistem myFirst Circle, myFirst
memperkenalkan Frame Doodle, tambahan unik yang direka untuk menghubungkan anak-anak dengan datuk dan nenek, serta keluarga besar
mereka. Dihasilkan khas untuk kanak-kanak yang gemar melukis, myFirst Frame Doodle 9” menyatukan keluarga dengan menawarkan cara baharu untuk berinteraksi. Selepas dipautkan dengan peranti myFirst yang lain, ia membolehkan anak-anak berkongsi kandungan daripada feed orang tersayang, membolehkan mereka untuk mengeratkan ikatan anak-anak dengan keluarga.
Frame Doodle disambungkan dengan lancar melalui aplikasi myFirst Circle merentas semua peranti yang menyokongnya. Ia memaparkan feed kandungan yang diperibadikan dari orang-orang tersayang dalam aplikasi myFirst Circle bagi memupuk pengalaman yang unik dan disesuaikan. Dibangunkan untuk memperkenalkan datuk dan nenek kepada dunia digital cucu mereka dengan mudah melalui Frame Doodle, menawarkan fungsi lebih daripada sekadar bingkai digital. Datuk dan nenek bukan sahaja boleh melihat tetapi juga berinteraksi dengan siaran yang dikongsi oleh keluarga mereka di myFirst Circle dengan serta-merta.
Rangkaian produk baharu ini kini boleh didapati di Shopee Mall (myfirst.os), LazMall(myFirst), dan TikTok Shop (myFirst) serta kedai rasmi myFirst di https://my.myfirst.tech/. Anda juga boleh membeli produk myFirst di mana-mana cawangan Urban Republic di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://myfirst.tech/.
Harga:
Produk Harga |
myFirst Fone R2 RM1,099 |
myFirst Frame Live 10.1” RM599 |
myFirst Frame Doodle 9” RM499 |
myFirst Voice 2 RM169 |
myFirst Circle adalah percuma dan boleh didapati di AppStore, Google Play & Huawei App Gallery.