Fri. Apr 19th, 2024

Pertama dan julung kali seumpamanya dipersembahkan di Malaysia. Gandingan tiga jejaka berkarisma, persona dan vokal yang tiada tolok bandingnya akan bersama di satu pentas.

Once Mekel, Marcell dan Bams (ex Samsons); menyebut tiga nama mereka sudah membuat getar rasa apatah lagi saat barisan lagu-lagu penyanyi lelaki solo ini bukan asing di pendengaran kita.

Perdana bergabung dalam konsert yang digelar Trio Terhebat (Vol 1), mari kita masuk dan larut dalam atmosfera manis yang akan diciptakan dengan kehadiran Once, Marcell dan Bams pada 4 Mei 2024 di Plenary Hall, Kuala Lumpur.

Bayangkan bukan hanya menyanyi tapi kita akan ikut berdansa dengan rendisi lagu yang dilantunkan sepenuh hati daripada tiga penyanyi solo lelaki yang sudah terbukti hebat sepanjang berkarier.

Konsert ini dibawakan khas oleh Arena Muzik dengan sokongan Icon Entertainment.

Bagi Arena Muzik dan ICON Entertainment, menggabungkan Once, Marcell dan Bams dalam Trio Terhebat umpama membawa penonton hadir dalam ‘perayaan vokal’ dan bonus berganda dengan tiga penyanyi solo lelaki di atas satu panggung.

“Membawa dan menganjurkan Trio Terhebat (Vol 1) adalah projek yang kami sifatkan sebagai konsert penuh magis kerana penyanyi solo lelaki yang ada di dalam ini.

“Once Mekel, Marcell dan Bams adalah tiga nama besar dalam belantika muzik nusantara. Mereka sudah mencetak banyak sejarah dan tentu saja mempunyai ramai peminat yang terkumpul sejak masing-masing berkarier sebagai penyanyi.

“Jadi Trio Terhebat akan menjadi konsert terbaik daripada Once Mekel, Marcell dan Bams untuk disaksikan kerana di panggung Trio Terhebat mereka bertiga bukan sahaja pertama kali bergabung tetapi di peminat akan ‘disihir’ dengan karisma mereka.

“Malah bonus buat peminat adalah mereka membayar satu harga untuk menikmati persembahan daripada tiga vokalis hebat dalam satu malam,” Mike Manicka wakil ICON Entertainment.

Melihat Trio Terhebat sebagai idea dan gabungan baik yang belum pernah dilakukan dalam persembahan sebelum ini, Once tidak mengambil masa lama untuk bersetuju.

Penyanyi lelaki yang cukup dikenali dengan vokal jantan ini dijangka akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu daripada album solonya termasuk Hilang Naluri. Kucinta Kau Apa Adanya dan Untuk Kita.

Once, 53, juga dijangka mengalunkan lagu yang cukup popular di Malaysia, Dealova pada Konsert Trio Terhebat yang berlansung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 4 Mei 2024 ini.

Selain Once, Marcell juga sudah punya senjata yang cukup ampuh untuk membuai emosi peminat dalam Trio Terhebat kelak.

“Ini menjadi penghormatan terbesar saya bukan hanya dapat kembali ke Malaysia dalam tempoh singkat tetapi lebih penting adalah gabungan bersama dua penyanyi solo yang saya kagumi, Once Mekel dan Bams dalam Trio Terhebat.

“Tidak sabar rasanya untuk kami bertiga merayakan Trio Terhebat bersama peminat di Malaysia,” ujar Marcell yang cukup terkenal dengan hit seperti Takkan Terganti, Semusim dan Firasat.

Bams pula dijangka mempamer persembahan mantap dan mengubat rindu peminat sejak meninggalkan kumpulannya Samsons. Pastinya para peminat rindu untuk mendengarkan vokal Bams yang sebelum ini terkenal dengan lagu Kenangan Terindah, Naluri Lelaki dan Kisah Tak Sempurna.

Untuk menjadi saksi kepada Trio Terhebat (Vol 1) dengan Once, Marcell dan Bams akan membawa anda masuk ke dunia mereka, jangan lupa catat tanggal konsert iaitu 4 Mei 2024. Untuk menjadi saksi Marcell mendendangkan lagu-lagu seperti Semusim, Firasat, Takkan Terganti, Mendendam, Peri Cintaku dan Jangan Pernah Berubah. Begitu juga Once Mekel menuangkan emosi melalui lagu-lagu seperti Dealova, Hilang Naluri, Kucinta Kau Apa Adanya dan Ditentukan Untuk Bersama. Dan semestinya buat yang merindukan Bams melagukan kembali Naluri Lelaki, Kenangan Terindah, Akhir Rasa Ini dan Kisah Tak Sempurna.

Tiket-tiket dengan harga RM268, RM308, RM358, RM358, RM458, RM558 dan RM1388 boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.com.

Pemegang kad kredit Maybank akan menerima potongan harga sebanyak 12 peratus. Manakala pemegang kad debit Maybank pula menerima potongan harga 10 peratus.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *