Mon. Apr 15th, 2024

ZENSO, jenama pelangsingan badan terkemuka, sangat teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan pelakon Melayu ternama tanah air, Diana Danielle sebagai Rakan ZENSO. Kerjasama yang menarik ini bertepatan dengan pelancaran produk berperisa baharu ZENSO, KURO DAITTO Matcha yang dihasilkan menggunakan serbuk matcha premium Niko Neko.

Diana Danielle Lebih Sihat, Lebih Yakin

Diana Danielle menerajui kempen Zenso Cafe yang berlangsung dari 21 Mac hingga 30 April 2024 di Elephant Resort Cafe, One Utama, dengan slogan ” Let’s ZEN-SO Confident with Diana Danielle!” Mesej ini sangat bermakna bagi Diana, yang sentiasa menyokong ”body positivity” dan mencapai bentuk tubuh badan yang sihat dan cergas. Melalui platform media sosialnya, Diana berhasrat untuk memperkasakan individu tanpa mengira umur atau kerjaya dalam berusaha untuk menambahkan keyakinan diri.

Sebagai ibu dan wanita berkerjaya yang sibuk, Diana memahami cabaran yang dihadapi oleh kalangan wanita dalam pengurusan berat badan. Kerjasama yang terjalin antara ZENSO dan Diana dianggap bagai bulan jatuh ke riba kerana tepat dengan jadualnya yang ingin mendapatkan bentuk tubuh badan yang langsing demi projek penggambaran terbarunya dan di dalam bulan Ramadan. Selepas mencuba produk ZENSO selama dua minggu, Diana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3-4kg dan bercadang untuk meneruskan penggunaan produk ke dalam rutin harian bagi mengekalkan kelangsingan tubuh dan juga mengelakkan berat dari bertambah semula.

Diana berjaya  menggunakan pelbagai produk ZENSO di dalam rutin kehidupan hariannya, termasuk KURO SHUGA, KURO OIRU, KURO DAITTO dan KURO MIZU. Beliau menyukai pendekatan komprehensif ZENSO, termasuk aplikasi pelangsingan yang boleh disesuaikan mengikut individu dan akses kepada pakar pemakanan yang mana telah memudahkan perjalanan penurunan berat badannya. Ini membolehkan beliau menumpukan perhatian pada pekerjaan dan keluarga tanpa perlu risau tentang perancangan atau kawalan makan. Kemudahan untuk menggunakan produk ZENSO amat dihargai lebih-lebih lagi apabila beliau sibuk dalam membahagikan tugasnya sebagai ibu dan juga wanita bekerjaya.  .

Memperkenalkan Matcha KURO DAITTO Baharu yang Sedap

Pelancaran KURO DAITTO Matcha juga telah disempurnakan dalam majlis yang sama bersama Diana. Walaupun Diana kurang menggemari perisa matcha sebelum ini, Diana mula jatuh cinta dengan keenakan perisa yang baru dilancarkan ini.

Alami Perbezaan ZENSO dengan KURO DAITTO Matcha

KURO DAITTO Matcha ZENSO bukanlah sejenis minuman matcha yang biasa. Ia menggabungkan rasa kaya matcha premium Niko Neko dengan manfaat penjagaan berat badan daripada ZENSO. Minuman yang berkhasiat ini bukan sahaja lazat tetapi juga padat dengan ramuan-ramuan yang menyihatkan. Matcha terkenal dengan cirinya yang boleh meningkatkan metabolisme dan juga kaya dengan antioksidan, manakala campuran unik Cuka Hitam Kurozu ZENSO dan ramuan semula jadi yang lain berfungsi secara sinergi untuk membantu pengurusan berat badan dan meningkatkan kesejahteraan pada keseluruhannya.

Nikmati Matcha KURO DAITTO ZENSO semasa dalam Perjalanan

KURO DAITTO Matcha ZENSO dibungkus dalam sachet yang mudah digunakan oleh mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk. Sama ada ke pejabat, ke gim, atau menguruskan komitmen keluarga, anda boleh menikmati minuman yang lazat dan berkhasiat ini dengan mudah. Ia adalah cara yang hebat untuk menikmati minuman matcha yang kaya tanpa menjejaskan sasaran penurunan berat badan anda. Sertai Diana Danielle dan ZENSO ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan berkeyakinan!

Mengenai ZENSO :

ZENSO menampilkan khasiat Cuka Hitam Kurozu dari Kagoshima, Jepun yang terkenal sejak 200 tahun lalu. Dirumuskan dengan lima lagi ramuan dan 28 jenis pati untuk memelihara susuk badan yang ramping. ZENSO dirumus untuk mengawal fungsi badan, membantu penurunan berat badan dan menggalakkan bentuk tubuh badan yang langsing.

ZENSO menawarkan empat formula untuk penurunan berat badan yang komprehensif:

  • KURO OIRU (Menyekat lemak)
  • KURO SHUGA (Menyekat penyerapan karbohidrat)
  • KURO DAITTO (Pengganti makanan)
  • KURO MIZU (Diuretik / menyingkir air dan garam berlebihan dari badan)

Boleh digunakan berasingan atau bersama, produk-produk ini dapat memenuhi keperluan peribadi individu dalam perjalanan penurunan berat badan. Selain itu, ZENSO juga menyediakan aplikasi pelangsingan yang mesra pengguna untuk memantau berat badan dan juga mendapatkan akses kepada pakar pemakanan profesional.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ZENSO, layari laman web rasmi kami di https://www.zensodiet.com/en. Ikuti kami di Facebook (ZENSO_official) dan Instagram (@zensofficialmy) untuk perkembangan terkini.

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *