Fri. Apr 19th, 2024

Apabila nasib tiga mangsa jenayah tidak dibela di mahkamah dunia dek kerana rasuah dan khianat, dendam kesumat mereka dibalas dengan seruan durjana. Mampukah mereka mencari keadilan demi masa lampau mereka? Nantikan drama terbaharu Tonton Original Series: Perempuan Ilmu Hitam yang akan menemui penonton bermula 29 Februari 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Tonton Original Series: Perempuan Ilmu Hitam merupakan hasil terbitan Saphire Screen dan diarahkan oleh Amor Rizan. Drama bersiri 10 episod ini juga menampilkan barisan selebriti popular tanah air seperti Siti Hariesa, Chacha Maembong, Fify Azmi, Didie Alias, Nazim Othman, Josiah Hogan, Zaki Azeman, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim dan ramai lagi.

Perempuan Ilmu Hitam mengisahkan tentang kehidupan tiga sahabat Lisa (Siti Hariesa), Afifah (Chacha Maembong) dan Sara (Fify Azmi) selepas suatu peristiwa hitam mengubah kehidupan mereka dalam sekelip mata. Mereka bertiga telah menjadi mangsa kepada kelakuan buruk Azhar (Josiah Hogan), Bakri (Syazwan Zulkifly) dan Cairyl (Nazim Othman) yang juga merupakan ahli keluarga korporat ternama di Malaysia. Malangnya, keadilan tidak berpihak kepada mereka apabila mahkamah tidak menjatuhkan hukuman setimpal kepada keluarga tersebut.

Tujuh tahun kemudian, Inspektor Syamil masih tekad untuk membela nasib tiga sahabat ini dan meneruskan penyiasatan ke atas kes kejadian walaupun telah digantung kerjanya. Apabila seorang remaja orang asli, Bayu mengalami kejadian yang sama, Lisa yang bekerja sebagai pekerja sosial juga cuba membantu memulihkan semangatnya.

Inspektor Syamil dan Lisa cuba menyiasat siapa dalang di sebalik kejadian yang menimpa Bayu dan meminta bantuan daripada Afifah dan dukun kampung, Mbah Nira (Didie Alias) untuk membantu penyiasatan mereka. Mereka menggunakan peluang ini sebagai misi membalas dendam mereka.

Saksikan Tonton Original Series: Perempuan Ilmu Hitam secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton mulai 29 Februari 2024! Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *