Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Penantian penuh debaran kini berakhir dengan Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), program pencarian bakat terbesar yang akan menggegarkan kaca TV anda setiap Ahad, bermula 22 Disember 2024, jam 9:00 malam di TV3. Selepas 15 tahun, CSOIAM kembali dengan skala lebih besar, menjanjikan hiburan luar biasa, kisah menyentuh hati, serta persaingan sengit yang pasti memukau penonton di seluruh Malaysia.
Musim baharu CSOIAM ini hadir dengan lebih hebat, berani, dan memukau, mengusung kesegaran Calpis Soda untuk mencipta gelombang hiburan yang penuh kejutan dan tenaga. Program ini bukan sekadar pertandingan muzik biasa; ia menetapkan penanda aras baru dalam pencarian bakat di Malaysia. Dengan sokongan rakan kongsi hebat seperti PEUGEOT, Yes5G, dan OPPO, CSOIAM membawa pengalaman yang lebih dinamik, mengasyikkan, dan penuh debaran kepada setiap peserta dan penonton.
Setelah sesi uji bakat yang ketat, 32 finalis terbaik telah diumumkan melalui siaran istimewa Audition Journal pada 15 Disember 2024. Menurut Mr. Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd., CSOIAM membawa hadiah utama yang lebih besar, bernilai RM1 juta, termasuk RM500,000 tunai, sebuah PEUGEOT 408, dan kontrak rakaman eksklusif. Program ini bukan sekadar pertunjukan hiburan, tetapi juga merupakan platform untuk mencari ikon muzik Malaysia yang baru.
Episod pertama bertemakan “Sejuta Bintang Kembali” menjanjikan pembukaan yang epik dengan persembahan khas dari juara-juara terdahulu, Ayu Damit, Suki Low, dan Tomok. Barisan juri berkaliber, termasuk Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan, akan memberikan penilaian yang tajam dan profesional, memastikan hanya bakat terbaik yang layak ke peringkat seterusnya. Kehadiran Datuk Yusry bersama KRU, termasuk Edry dan Norman, turut menambah kemeriahan dalam persembahan interlude istimewa.
Dengan 32 finalis yang mewakili pelbagai genre muzik, termasuk pop, R&B, rock, dan muzik tradisional Malaysia, CSOIAM menjadi pentas bagi bakat luar biasa bersaing untuk merebut gelaran juara. Setiap minggu, peserta akan menghadapi cabaran yang menguji kreativiti, ketahanan, dan kemampuan mereka. Keputusan setiap episod akan ditentukan berdasarkan 60% markah juri dan 40% undian penonton, yang akan dibuka mulai episod kedua.
Selain itu, penonton berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000. Caranya mudah – hanya dengan mengimbas kod QR yang terpapar semasa iklan di skrin dan menjawab soalan dengan tepat. Untuk maklumat lanjut mengenai undian dan peraduan, penonton boleh melayari laman web rasmi CSOIAM di tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.
Dengan 8 episod menarik, CSOIAM menjanjikan cabaran mendebarkan dan kejutan setiap minggu. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perjalanan luar biasa para peserta menuju ke puncak kejayaan dalam program yang penuh aksi dan drama ini. CSOIAM akan ditayangkan setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3, dan pastikan anda mengikuti “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal” yang akan bersiaran dari 26 Disember 2024 hingga 9 Februari 2025.
Jangan lupa ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di platform media sosial untuk perkembangan terkini dan kemeriahannya. Rasai kesegaran Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda musim ini!