Kini pada tahun 2021, The OtaiBoyz yang ditubuhkan pada 2007 dengan nama Band D’OtaiBoyz, band ini akan dibangkitkan semula sebagai projek band dengan nama D’OtaiBoyz. Mereka memilih nama itu untuk menarik perhatian vokalis kami, Boy Botak, dan lagu-lagu baru yang konsisten (Otai) yang mempunyai irama “rock kapak”.
Lagu terbaru mereka yang bertajuk “Permata Ku” berentak lebih kepada Balada Rockestra. Sinopsis lagu ini mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekelip mata atas sebab-sebab yang tertentu kemungkinan curang atau sakit. Ia terpulang kepada pendengar yang menilaikan.
Sejak 2010-an, mereka aktif bermain di majlis perkahwinan dan acara kemasyarakatan di Singapura sebagai salah satu kumpulan muzik yang masih mempersembahkan balada rock dan irama kapak. Mereka tidak sabar-sabar untuk meneruskan aktiviti mereka pada tahun 2021 dan akan mengeluarkan single terbaru mereka, “Permata Ku.”
Kumpulan dari Singapura, D’Otai Boyz membuktikan rock kapak Melayu masih terus berbisa di negara Temasek sana. Kesemua ahli yang terdiri daripada Boy Botak (vocal), Nazry (gitar), Dzoul (gitar), Khai (bass), Lee (drum) dan Man (keyboard). Semua mereka dari Singapura kecuali Dzoul dari Malaysia. Man pula juga merupakan keyboardis kumpulan Life Petal iaitu satu lagu kumpulan balada rockestra di sana.
Antara band yang masih kental memainkan irama rock balada dan kapak, mereka giat membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan acara kemasyarakatan di Singapura sejak 2010-an. Mulai tahun 2021, mereka kembali bersemangat untuk aktif dan kini akan melancarkan single terbaru mereka berjudul ‘Permata Ku’.
Mereka dijangka menganjurkan konsert mini dalam talian bersama beberapa aksi lain untuk projek mereka yang akan datang. Semoga kepulangan D’Otai Boyz akan menyemarakkan lagi semangat muzik tempatan di Malaysia dan Singapura. Lagu “Permata Ku” juga boleh didapati di perkhidmatan muzik digital lain seperti Spotify, iTunes, Joxx, KKBOX dan Deezer.