PERTEMUAN EPIK: HRITHIK ROSHAN DAN PRABHU DEVA BAKAL MEMBAWA API KE ‘STARS ON FIRE KL LIVE’.

Pemenang anugerah Filemfare Awards sebanyak enam kali, Hrithik Roshan telah mengukuhkan namanya sebagai salah seorang pelakon dengan bayaran termahal dalam industri perfileman India. Beliau juga terkenal dengan kebolehan menarinya yang memukau. Berita tentang kedatangan beliau ke Malaysia menjadi satu berita yang amat gembira buat peminatnya.

Hadirnya Hrithik Roshan ke Malaysia selepas lapan tahun bukan sebuah bualan kosongsebaliknya penganjur, Yess Boss Groups merealisasikan impian tersebut apabila mengumumkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023.

Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sesuai dengan status ‘sosok mega’ bintang berusia 49 tahun tersebut.

Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert merupakan konsert terbesar buat tahun 2023 yang ditunjangi oleh Ikon Tarian Global Hrithik Roshan, bersama dengan Maestro Tarian legenda-  Prabhu Deva, Diva Tarian- Vaani Kapoor, Maliaka Arora  yang sensasi serta  Sanya Malhotra yang berkarisma.

The Singing Sensation Aastha Gill dan  Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh akan membuatkan anda terhibur sepanjang malam yang ajaib.

Bersedia Kuala Lumpur dan tempah tiket anda sekarang!

Bakal singgah di Malaysia menerusi siri Stars on Fire Tour lewat Yess Boss Groups, Hrithik buat kesekian kalinya tidak akan mengecewakan peminat. Konsert ini juga merupakan kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions.

Bintang yang terkenal dengan filem Kaho Na Pyar Hai itu akan menampilkan konsert yang spektakular dengan diiringi barisan penari hebat dan tentunya koreografi tarian mereka sangat ditunggu selain persembahan pentas yang penuh kemeriahan.

Dan sangat istimewa apabila Hrithik ditemani oleh pengarah koreografi, penerbit dan aktor Prabhudeva yang akan menjadi konsert ini sebagai sebuah sejarah.

Selain itu, konsert ini menampilkan pasangan yang disayangi ramai iaitu Bharti Singh dan Harsh Limbachiyaa sebagai pembuka acara. Ia turut diserikan dengan kemunculan Aastha Gills, Vaani Kapoor, Maliaka Arora  dan Sanya Malhotra.

“Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.

“Ini akan menjadi tanda aras buat kami di yang diberi kepercayaan oleh Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat melihat Hrithik kembali mempersona dengan skil tarian dan penampilan memukau.

“Apa lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu para peminat yang sentiasa menyambut hangat bukan hanya kerja seni tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu.

“Menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert, peminat akan menyaksikan sebuah lagi persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani oleh Prahbu Deva sekaligus menjadikan konsert ini sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan, Pengarah Urusan Yess Boss Groups.

Penganjur juga menyifatkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang serta bukti pengaruh seni Bollywood tidak pernah mati.

“Dalam lambakan muzik atau pelbagai genre konsert yang berjaya dilangsungkan sepanjang tahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi bukti dan tanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.

“Ramai peminat yang dahagakan penampilan bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia.

“Jangan sampai terlepas membeli tiket dan pastikan temujanji anda bersama Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan.

Seperti Hrithik tidak sabar bertemu peminatnya di Malaysia, diharap anda tidak akan melepaskan peluang emas ini dengan membeli tiket yang sudah mula dijual mulai 19 Oktober 2023, Khamis jam 11.59 pagi.

Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari www.yessbossticket.com atau hubungi talian hotline 011-11546805.

This image has an empty alt attribute; its file name is HR%20EVENT-01.png

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *