Setiap kali Syawal menjelang, rakyat Malaysia pasti akan berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai untuk menikmati aneka juadah tradisional seperti rendang, ketupat, dan lontong. Namun, selepas beberapa hari menjamu selera dengan hidangan Raya, pasti timbul keinginan untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Di sinilah Domino’s tampil membawa kelainan dengan memperkenalkan Piza ShaWAHma serba baharu!
Tawaran istimewa ini hadir dalam tempoh terhad, menjanjikan pengalaman rasa yang unik dan bakal menceriakan lagi suasana perayaan anda. Seperti namanya ‘WAH’ piza ini diilhamkan untuk membuatkan anda kagum sebaik saja menikmati setiap gigitan.
Menampilkan gabungan rempah ratus yang kaya dengan aroma dari Timur Tengah, Piza ShaWAHma menjanjikan rasa luar biasa yang melangkaui jangkaan. Tersedia dalam dua pilihan lazat ,ShaWAHma Ayam dan ShaWAHma Daging piza ini dilengkapi dengan daging berempah wangi, sos krim Shawarma yang beraroma, tomato ceri, bawang, dan keju mozarela. Akhir sekali, ia disempurnakan dengan renjisan sos bawang putih masam-masam manis yang menambah lagi keistimewaannya. ShaWAHma Ayam dilengkapi dengan lada hijau rangup, manakala ShaWAHma Daging dipadankan dengan timun segar yang menyegarkan setiap suapan.
Lebih menarik lagi, berita baik untuk penggemar keju Cheese Volcano kembali! Padankan Piza ShaWAHma anda dengan sos cecah keju cheddar cair untuk pengalaman rasa yang lebih hebat dan memukau selera.
Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura, dan Kemboja berkata, “Hari Raya Aidilfitri adalah masa untuk mengeratkan hubungan dan berkongsi kegembiraan bersama insan tersayang. Di Domino’s, kami ingin mencipta pengalaman perayaan yang berbeza dan menyeronokkan dengan memperkenalkan hidangan berani serta berperisa seperti Piza ShaWAHma. Ia adalah lambang keriangan dan keunikan yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.”
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, Domino’s dengan berbesar hati akan mengedarkan lebih 13,000 Piza ShaWAHma PERCUMA* di seluruh Malaysia pada 10 April 2025 (Khamis), bermula jam 4 petang. Kunjungi cawangan Domino’s berhampiran untuk menikmati piza segar dan panas ini. Inisiatif istimewa ini adalah cara Domino’s memberi semula kepada komuniti, sejajar dengan janji jenama, ‘It’s All About Giving You More’.
Sama ada anda meraikan bersama keluarga atau sahabat, Domino’s sedia menyambut kedatangan anda di stor kami. Bagi yang tidak berpeluang pulang ke kampung, jadikan ini peluang untuk mencipta kenangan baru yang lebih bermakna. Ikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi Domino’s.
Untuk memeriahkan lagi pelancaran ini, Domino’s turut menawarkan diskaun 50% untuk tempoh terhad bagi setiap pembelian Piza ShaWAHma, sama ada di stor mahupun atas talian. Bermula 25 Mac 2025, pelanggan boleh menikmati piza kegemaran baharu ini di mana-mana cawangan Domino’s seluruh negara. Pesanan boleh dibuat melalui laman web Domino’s, aplikasi Domino’s, atau terus di cawangan berhampiran.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu dan promosi terkini, layari laman web rasmi di www.dominos.com.my atau ikuti @dominosmy di Facebook dan Instagram.
*Sempena sambutan WAH Raya, acara “Rumah Terbuka Raya Domino’s” bakal menceriakan perayaan dengan memberi Piza ShaWAHma saiz personal secara percuma! Bermula jam 4 petang pada 10 April 2025 (Khamis), 50 pelanggan pertama di setiap cawangan akan menerima piza percuma siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada. Lebih 260 cawangan Domino’s di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak, akan turut serta dalam pemberian istimewa ini.