Suasana di Bangi Golf Resort hari ini penuh semangat apabila PTTI Group Sdn Bhd mengadakan majlis penghargaan khas bagi meraikan pelajar-pelajar hebat mereka yang menunjukkan lonjakan prestasi dalam SPM 2024. Dalam acara penuh makna ini, PTTI turut mengumumkan insentif tunai RM500 untuk setiap pelajar yang berjaya meraih Straight A dalam peperiksaan tersebut!
Seramai 13,469 pelajar PTTI mencatatkan pencapaian luar biasa tahun ini, membuktikan keberkesanan program yang ditawarkan. PTTI juga memasang impian besar – melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar Straight A dalam kalangan pelajar bimbingannya.
Tahun 2024 menyaksikan lebih 179,000 pelajar di seluruh negara mendapat manfaat daripada program-program intensif anjuran PTTI, termasuk kelas percuma, seminar motivasi, bimbingan akademik, serta School Tour ke lebih 300 sekolah dan Roadtour SPM ke negeri-negeri terpilih.

Bagi pelajar cemerlang, tuntutan insentif RM500 boleh dibuat melalui www.ptti.my, di mana mereka juga boleh mendapatkan konsultasi pendidikan percuma menerusi Perundingan PEC.
Tidak cukup dengan itu, untuk calon SPM Batch 08, PTTI turut melancarkan program Seminar Gelombang G ke Straight A sesi intensif selama 5 hari secara atas talian bermula 24 hingga 28 April 2025. Tiket boleh didapati secara percuma di laman rasmi PTTI!
Majlis penghargaan ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti popular Nabila Razali dan Bella Astillah, yang hadir memberi kata-kata semangat dan inspirasi kepada para pelajar yang hadir.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman,
“Ramai ibu bapa mahu bantu anak faham subjek SPM, tetapi tidak tahu pendekatan yang betul. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami di PTTI percaya bahawa kami adalah platform yang tepat untuk membimbing calon SPM, terutama apabila peperiksaan tahun ini diawalkan. Harapan kami, lebih ramai pelajar akan berjaya tukar gred Gagal ke Straight A tahun ini!”
Untuk maklumat lanjut tentang insentif, program pendidikan atau seminar akan datang, layari www.ptti.my atau hubungi pasukan media PTTI hari ini!