Brïk, jenama fesyen yang diasaskan oleh dua pasang adik-beradik — Amirrul dan Nashrul serta Brina dan Kira — akan meraikan ulang tahun pertama mereka dengan penuh gaya. Jenama ini telah mencuri perhatian penggemar fesyen dengan produk beg mereka yang terkenal dengan warna-warni ‘menjerit’ Chroma. Kini, mereka menambah kemeriahan dengan memperkenalkan ‘keluarga baru’ dalam koleksi mereka.
Untuk menyambut ulang tahun pertama ini, Brïk teruja memperkenalkan 21 produk beg baharu dengan pelbagai warna dan reka bentuk, yang direka khas untuk para pencinta fesyen. Majlis pelancaran akan berlangsung selama dua hari pada 17 dan 18 Ogos 2024 di Rooftop, Level 4 Avenue K Shopping Mall.
Nashrul, salah seorang pengasas Brïk, berkata, “Ogos adalah bulan yang sangat istimewa bagi kami kerana ia menandakan mimpi kami yang telah menjadi realiti. Kami sangat berbangga dengan pencapaian ini dan ingin meraikannya dengan memperkenalkan 21 produk beg baharu yang pasti memikat hati peminat.”
Koleksi terbaru ini termasuklah Denim Chroma Bag yang memberikan sentuhan klasik namun anggun, sesuai untuk semua majlis. Selain itu, Posh Tote yang diperbuat daripada fabrik satin berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ideal bagi mereka yang mencari beg tote yang bergaya dan praktikal. Posh Tote boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, dari bersiar-siar hingga membawa laptop dan keperluan harian.
Juga, Brïk memperkenalkan Petite Chroma, satu versi mini daripada ‘best-selling Chroma’ mereka. Beg ini boleh dipakai secara crossbody atau sebagai dompet kecil, menawarkan gaya dan kepraktisan dalam satu pakej.
Majlis ulang tahun ini juga akan diserikan dengan kehadiran pempengaruh terkenal dari tempatan dan Indonesia, termasuk Baim Wong, Paola Serena, Tyna Dwi Jayanti, Hellua Schuldt Hadi, Catherine Sumitri, dan Cindy Karmoko. Pempengaruh tempatan seperti Leona, Yaya Zahir, Pinn Yang, Johanis Sani, dan Azfarheri turut dijemput. Amirrul, salah seorang pengasas Brïk, mengungkapkan, “Kehadiran mereka adalah tanda sokongan berharga yang telah banyak membantu kami dalam perjalanan bisnes ini.”
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada majlis tersebut, termasuk sesi menggubah bunga dengan prettybunga dan peluang untuk merakam momen bersejarah di photobooth.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman istimewa ini dan berkenalan dengan produk terbaru Brïk. Temujanji anda bersama kami pada 17 Ogos (10 pagi hingga 9 malam) dan 18 Ogos 2024 (10 pagi hingga 6 petang) di Rooftop, Level 4 Avenue K Shopping Mall.