Sambut kehadiran Ramadan Al-Mubarak 1446 Hijrah dengan pengalaman berbuka puasa yang istimewa di Menara Kuala Lumpur! Bermula dari 5 Mac hingga 28 Mac 2025, acara ‘Dari Dapur TEMU’ akan membawa pengunjung merasai lebih 200 jenis hidangan tradisional yang menyelerakan, disediakan setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam di TEMU Utama, TH03, Menara Kuala Lumpur.
Tahun ini, Menara Kuala Lumpur menawarkan pelbagai hidangan yang pasti memikat selera, termasuk:
– Kambing Golek Manja dengan perapan resipi turun temurun
– Lidah Lembu Bakar yang sangat lembut
– Sup Power Rusuk Lembu, Urat Keting
– Vietnamese Roll 288 dengan sos istimewa buatan sendiri
– Shawarma Ayam d’TEMU yang menggoda
Setiap hidangan disediakan dengan penuh kecermatan oleh chef-chef berbakat dari MKL Cuisine Sdn. Bhd., anak syarikat Menara Kuala Lumpur. Sepanjang bulan Ramadan, Menara Kuala Lumpur berbangga menjadi tuan rumah kepada acara iftar ini dengan penyediaan makanan dan minuman yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak mereka.
Berbuka puasa di ketinggian 288 meter dari aras tanah memberikan anda pengalaman yang luar biasa, dengan pemandangan kota Kuala Lumpur yang menakjubkan, baik pada waktu matahari terbenam ataupun di bawah sinaran lampu-lampu bandar. Suasana iftar juga semakin meriah dengan alunan muzik santai dari kumpulan ‘The Sky Band’ yang akan menghiburkan pengunjung setiap hari.
“Kami amat teruja untuk memperkenalkan promosi harga ‘Early Bird’ yang amat berbaloi bermula dari sekarang hingga 31 Januari 2025. Tambahan pula, buat pertama kali, kami memberikan tiket PERCUMA untuk akses ke Sky Deck, Pelantar Pemandangan TH01, dan TH04 (Observation Deck) dengan setiap pembelian pakej ‘Dari Dapur TEMU’,” kata Encik Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.
Sebagai sebahagian daripada komitmen sosialnya, Menara Kuala Lumpur juga akan mengundang anak-anak yatim, asnaf, pelajar madrasah, dan sekolah tahfiz sekitar Lembah Klang untuk bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur, menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran ‘Early Bird’ dan cipta kenangan indah berbuka puasa dengan panorama luar biasa di Menara Kuala Lumpur. Dapatkan maklumat lanjut mengenai promosi dan acara menarik ini dengan menghubungi talian khidmat pelanggan di +603-2020 5421 atau melawat laman sosial rasmi @menarakl di Facebook, Instagram, dan TikTok serta laman web kltower.com.my.