ReadyCare Signature Melancarkan Produk Penjagaan Bayi Berasaskan Tumbuhan: Solusi Pembersihan Lembut, Selamat, dan Mesra Alam untuk Ibu Bapa – 2024

readycare

ReadyCare Signature, jenama perintis dalam produk pembersihan berasaskan bio di Malaysia, dengan bangganya memperkenalkan barisan terbaru produk Baby Care mereka. Produk-produk ini menawarkan ibu bapa pilihan penjagaan kebersihan bayi yang selamat dan mesra alam.

Barisan produk terbaru ini termasuk Baby Bottle & Utensil Cleaner, Baby Laundry Detergent, dan Baby Sanitizer Spray. Semua produk ini diformulasikan dengan bahan berasaskan tumbuhan (bio) untuk menggantikan bahan kimia berasaskan fosil, memberikan alternatif yang lebih selamat dan mesra alam.

Kajian menunjukkan bahawa bayi dan kanak-kanak kecil lebih terdedah kepada toksin dari persekitaran mereka. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2022, kanak-kanak di bawah lima tahun terdedah kepada tahap pencemar yang lebih tinggi, yang boleh menyebabkan masalah tumbesaran, pernafasan, dan isu kesihatan lain. Permintaan untuk produk yang tidak toksik dan selamat untuk bayi semakin meningkat, dengan pasaran penjagaan bayi global dijangka mencapai AS$206.68 bilion menjelang 2029, menurut laporan Research and Markets pada 2023.

Dengan barisan produk Baby Care yang baru ini, ReadyCare Signature berkomitmen untuk menyediakan pilihan pembersihan yang lebih selamat dan lebih hijau untuk ibu bapa yang prihatin tentang kesihatan dan keselamatan anak-anak mereka.

ReadyCare Signature adalah jenama Malaysia pertama yang telah memperoleh persijilan  berasaskan bio daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), dan barisan produk Baby  Care tersebut, sama seperti rangkaiannya yang lain, semua penawarannya turut mempunyai sijil Halal serta diperakui mesra vegan oleh Persatuan Vegan UK. 

Pelancaran ini menangani kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan ibu bapa mengenai  pendedahan bahan kimia, dengan menawarkan alternatif yang lebih selamat bagi melindungi  anak-anak mereka dan alam sekitar.  

Pengasas dan Pengarah Urusan ReadyCare, Yeoh Eng Foo berkata, “Menurut garis panduan  Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kanak-kanak yang lebih terdedah kepada pendedahan bahan  kimia kerana organ dan sistem imun mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Rangkaian  produk Baby Care kami direka dengan mengambil kira kebimbangan ini, memberikan pengalaman  yang berkesan, sihat dan lembut, yang boleh dipercayai oleh ibu bapa.” 

Sempena pelancaran ini, ReadyCare Signature turut menandatangani Memorandum  Persefahaman (MOU) dengan Unifood International Pte Ltd bagi mengedarkan produknya di  Singapura. Kerjasama strategik ini akan membantu ReadyCare Signature memperluaskan jangkauannya dan menyediakan penyelesaian pembersihan mesra alam kepada lebih banyak  ramai lagi pengguna di seluruh rantau ini. 

“Kerjasama dengan Unifood, sebuah syarikat yang berakar umbi dalam segmen perniagaan  makanan bernutrisi ‘on-the-go’, mewujudkan sinergi yang mantap dan selari dengan falsafah  kami di ReadyCare Signature. Kepakaran dan rangkaian mereka di Singapura akan membantu  kami memperluaskan penyelesaian pembersihan mesra alam kepada lebih banyak keluarga,  mengukuhkan lagi peranan kami sebagai Teman Kehidupan Bersih yang dipercayai,” tambah Yeoh. 

Produk Baby Care ReadyCare Signature kini boleh didapati di kedai-kedai terpilih dan dalam talian  menerusi rcsignature.com.my, di mana pelanggan juga boleh memilih model langganan untuk  menerima produk kegemaran mereka. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *