HONOR Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran rasmi HONOR ALPHA Plan, iaitu satu pelan strategik jangka panjang yang menjadi asas kepada transformasi HONOR daripada jenama telefon pintar kepada syarikat ekosistem global berasaskan AI. Bersama pelancaran ini, HONOR turut memperkenalkan lima produk Semua Senario baharu yang merangkumi pelbagai aspek gaya hidup moden seperti hiburan, produktiviti, kesihatan dan komunikasi.
HONOR ALPHA Plan merangkumi tiga fasa utama. Fasa pertama menumpukan kepada pembangunan telefon pintar sebagai penghubung utama antara pengguna dan ekosistem AI. Fasa kedua memperluaskan pengaruh AI ke dalam pelbagai peranti lain termasuk tablet, komputer riba, peranti boleh pakai dan kemungkinan ke arah teknologi robotik. Fasa ketiga pula melihat ke hadapan ke arah era Kecerdasan Buatan Umum (AGI), di mana AI dan manusia mampu bekerjasama secara harmoni dalam mencipta persekitaran yang lebih pintar dan bersepadu.

Pelancaran lima produk baharu ini membuktikan komitmen HONOR terhadap wawasan ALPHA Plan. HONOR Pad X9a kini hadir dalam versi LTE dan WiFi dengan skrin 11.5 inci 2.5K, sistem audio imersif dan bateri 8,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 35W. Tablet ini didatangkan dengan papan kekunci Bluetooth dan pensel percuma. Versi LTE akan mula dijual pada 25 April 2025 pada harga RM1,299 manakala versi WiFi sudah tersedia pada harga RM999.
HONOR Pad V9 pula direka khusus untuk produktiviti dengan paparan 11.5 inci beresolusi 2.8K dan kadar segar semula 144Hz. Ia disokong oleh ciri AI seperti Real-Time Voice-to-Text, AI Smart Summary, dan AI Meeting Translation, serta dilengkapi dengan papan kekunci boleh tanggal dan HONOR Magic Pencil 3. Ia akan dijual pada harga RM1,999 bermula 11 April 2025.
HONOR turut melancarkan HONOR MagicBook X14 2025, sebuah komputer riba berkuasa dengan pemproses Intel Generasi ke-13, skrin FHD 14 inci dan bateri tahan lama. Ia dijual pada harga RM2,499 dan disertakan dengan langganan Microsoft 365 Personal selama setahun dan beg galas HONOR percuma.
Untuk pengguna yang menitikberatkan gaya hidup sihat, HONOR Watch 5 kini tampil dengan versi tali kulit berwarna hijau, menawarkan hayat bateri sehingga 15 hari serta pemantauan kesihatan menyeluruh melalui teknologi One-Click Health Scan. Model ini dijual pada harga RM649, manakala versi tali silikon tersedia pada harga RM599.
Akhir sekali, HONOR turut memperkenalkan HONOR Earbuds Open, fon putik terbuka dengan AI Live Translation yang menyokong sehingga 15 bahasa. Ia menawarkan tiga mod terjemahan pintar dan direka khusus untuk pengguna antarabangsa serta pengembara. HONOR Earbuds Open boleh didapati pada harga RM699.
Kelima-lima produk ini boleh didapati melalui HONOR Stores di seluruh negara, laman web rasmi HONOR Malaysia, serta platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Ia juga boleh didapati melalui pengedar sah seperti Senheng, Urban Republic dan Harvey Norman.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi HONOR di www.honor.com/my atau ikuti HONOR Malaysia di Facebook bagi mendapatkan perkembangan dan promosi terkini.
Mengenai HONOR
HONOR ialah syarikat teknologi global yang komited dalam membangunkan ekosistem pintar berasaskan AI. Menerusi kerjasama terbuka dengan rakan industri dan portfolio produk merangkumi telefon pintar, komputer riba, tablet, peranti boleh pakai dan banyak lagi, HONOR terus berusaha memperkasa pengguna untuk menjalani kehidupan yang lebih pintar dan terhubung dalam era kecerdasan buatan.