LATEST

Rezza Shah Terus Berjuang Selepas Terima Imuniti dari Barisan Juri

Drama penuh debaran melanda pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) minggu lalu apabila Rezza Shah hampir tersingkir selepas mempersembahkan lagu Obses. Namun, keputusan mengejutkan itu terubah apabila juri menggunakan kuasa veto untuk memberi peluang kedua kepada Rezza, yang menyuntik semangat baharu dalam persaingan. Keputusan ini menarik perhatian ramai, memberi ruang kepada Rezza untuk terus melangkah dalam pertandingan yang sengit ini.

Rezza Shah, 22, berasal dari Kuching, Sarawak, dan merupakan bekas peserta rancangan realiti TV. Mula menyanyi pada usia 8 tahun, perjalanan vokalnya berubah pada usia 12 tahun, memaksanya untuk mengasah semula suaranya dan menemui identiti baru. Dengan pengalaman dan dedikasi dalam dunia seni, Rezza terus memperkaya bakatnya dalam pelbagai bidang seni.

Mengenang kembali detik cemas tersebut, Rezza berkongsi perasaannya di episod pertama: “Saya akui gementar apabila berhadapan dengan juri hebat seperti Ziana Zain, Datuk Yusry, dan Cakra Khan. Walaupun saya rasa tertekan, saya tahu saya perlu memberikan yang terbaik. Ketika diumumkan tersingkir, saya memang sedih, tetapi saya tetap redha. Namun, peluang kedua yang diberikan dengan imuniti benar-benar mengejutkan saya. Saya janji akan manfaatkan peluang ini sebaik mungkin.”

Episod pertama CSOIAM menyaksikan kejutan besar apabila dari 20 peserta terpilih, hanya 14 yang berjaya mara ke minggu kedua. Peserta yang gagal beraksi pada minggu pertama termasuk Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah. Persaingan menjadi semakin sengit dengan setiap peserta menunjukkan vokal mantap dan penghayatan yang luar biasa, berusaha untuk membuktikan mereka layak digelar “satu dalam sejuta.”

Pada malam pembukaan CSOIAM, kejutan demi kejutan menyelubungi pentas apabila bekas juara-juara One In A Million musim lalu, bersama ikon legenda KRU dan persembahan 20 peserta luar biasa menjadikan malam itu sebuah peristiwa epik. Hashtag #OIAM terus meroket menjadi trending nombor satu di platform “X” dengan lebih 700 juta capaian, menjadikan CSOIAM bukan sekadar rancangan realiti, tetapi sebuah fenomena hiburan tanah air yang menyatukan peminat muzik dari seluruh negara.

Minggu hadapan, tema “Melodi Indah, Segar Membara” bakal membawa lagu-lagu hit yang pernah mencuri perhatian suatu ketika dahulu, diberi nafas baru yang lebih segar. Persaingan sengit dijangka terus memuncak apabila peserta Top 14 berusaha memukau juri dan penonton dengan bakat yang mereka miliki. Saksikan detik-detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman web rasmi di http://tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

Para peminat juga berpeluang mengundi peserta kegemaran mereka dan berpeluang memenangi sebuah Peugeot Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu. Sambil menonton siaran langsung CSOIAM, anda boleh imbas kod QR yang dipaparkan semasa sela iklan, jawab soalan dengan tepat, dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah tersebut.

Undian rasmi untuk CSOIAM bermula minggu hadapan! Keputusan mingguan akan ditentukan melalui gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian penonton. Daftar di Tonton untuk mendapatkan 10 undian percuma, atau tingkatkan peluang peserta pilihan anda dengan membeli Calpis di Shopee dan menebus baucar eksklusif yang memberikan tambahan 50 undian.

Jangan lupa untuk menyaksikan sorotan eksklusif melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam mulai 26 Disember. Ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di semua platform media sosial untuk kemas kini terkini dan sertai kemeriahannya. Nikmati keunikan rasa segar Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat yang menjadi pilihan musim ini!