Hanya kurang daripada sebulan Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) akan bersiaran langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil pada 3 Mac 2024 (Ahad), pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung HD secara eksklusif hanya di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton. Sekarang, anda dah boleh Tonton feveret anda di Smart TV!
Satu sesi beramah – mesra dengan para finalis AJL 38 telah diadakan di Pasar Seni pada hari Ahad yang lalu (4 Februari 2024) di Pasar Seni dari pukul 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang. Selain dihiburkan dengan sesi busking oleh Genji Buskers, ribuan pengunjung yang datang berpusu-pusu juga berpeluang untuk mendekati penyanyi kesayangan mereka iaitu Aina Abdul, Aisha Retno, Amir Jahari, Ernie Zakri, Hael Husaini, Marsha Milan, Masdo, Khai Bahar, Nabila Razali, Naqiu, Shiha Zikir, Wany Hasrita, Ziana Zain dan Hasif Upin.
Sejak penganjurannya, AJL merupakan platform untuk pengkarya muzik Malaysia menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka dalam usaha mengangkat lagu terbaik pada setiap tahun. Muzik dan AJL sudah sebati sepanjang penganjurannya yang meraikan kepelbagaian genre muzik. AJL juga telah menggabungkan peminat dengan penyanyi kegemaran mereka yang menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun.
Tema AJL 38 iaitu MUZIKAVERSE, gabungan dua perkataan iaitu MUZIK dan MULTIVERSE dimana kita menggabungkan dunia penyanyi, penulis lirik dan komposer yang berbeza dalam mencipta sebuah karya lagu yang baharu.
AJL ialah acara tahunan gilang – gemilang yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik! Tahun ini, AJL 38 bakal menjadi AJL paling ikonik yang sentiasa hangat diperbualkan hingga bila-bila masa. Ia akan membuatkan peminat tegar mengimbau kembali kegemilangan AJL dan terus meraikan bakat – bakat muda yang berkolaborasi dengan penyanyi ‘senior’.
AJL 38 menyaksikan 12 buah lagu bakal berentap untuk merangkul gelaran Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. Penonton juga boleh mengundi untuk 2 kategori iaitu Persembahan Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa di malam AJL nanti. Jualan tiket AJL 38 akan bermula pada 5 Feb 2024 di laman web www.tonton.com.my Harga tiket bermula dari RM68 (Aras 4), RM78 (Aras 3), RM 178 (Arena), RM 398 (Front Seat).
AJL 38 akan dihoskan oleh Sherry Alhadad. Karpet Merah AJL 38 yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy akan bersiaran langsung di TV9, pada 3 Mac 2024, pukul 8.30 malam, serta strim LIVE HD di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.
AJL 38 dibawakan khas oleh ALHA ALFA sebagai penaja utama dan APPLECRUMBY sebagai penaja bersama. OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.
Sidang produksi AJL 38 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues, Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Shazreena Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalli sebagai penerbit.
Berikut ialah senarai 12 buah lagu yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 38:
LAGU | PENYANYI | KOMPOSER | PENULIS LIRIK |
Jangan Mati Rasa Itu | Aina Abdul | Aina Abdul | Aina Abdul |
Bintang | Hael Husaini | Hael Husaini | Hael Husaini |
Sutera | Aisha Retno | Aisha Retno & MFMF | Aisha Retno |
Hasrat | Amir Jahari | Amir Jahari | Amir Jahari |
Inilah Jalannya | Masdo | Noh Salleh | Noh Salleh |
Darah | Marsha Milan | Naim Daniel & Firdaus Rahmat | Naim Daniel & Firdaus Rahmat |
Waktu | Hasif Upin &
Ziana Zain |
Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat | Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat |
Astana | Ernie Zakri | Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel | Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel |
Kucuma | Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah | A.Ramlie & Ezra Kong | A.Ramlie & Ezra Kong |
Kalam | Shiha Zikir | Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat | Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat |
Selagi Ku Ada | Khai Bahar & Nabila Razali | Amylea | Amylea |
Santai | Faizal Tahir
(Dinyanyikan oleh Naqiu) |
Faizal Tahir | Faizal Tahir |
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL38 #muzikaverse untuk menghangatkan lagi perbualan di platform media.