LATEST

Romantis Mafia Bertemu Drama Keluarga: ‘Bila Takdir Melarang Cinta’ di iQIYI ORIGINAL

Apakah yang berlaku apabila cinta bertemu takdir dalam dunia yang penuh dengan dendam, kuasa, dan pengkhianatan? Jawapannya dapat disaksikan dalam Bila Takdir Melarang Cinta, drama bersiri iQIYI Original yang bakal memikat penonton dengan gabungan aksi yang mendebarkan dan emosi yang menggugah. Drama ini akan membawa penonton menyelami dunia gelap yang penuh bahaya, di mana dua hati terperangkap dalam cinta yang penuh konflik dan mustahil digapai. Drama ini akan mula disiarkan secara eksklusif di platform iQIYI pada 14 Februari 2025.

Barisan pelakon yang hebat seperti Fadlan Hazim, Nadia Brian, Afiq Muiz, Eddy Syahir, Yaakob Abdul Aziz, Dato’ Eizlan Yusof, Zarynn Min, Hanna Halim, Faizul Syaharin, Adam Shahz, dan Shatirah Amanda memberikan kekuatan kepada drama ini, yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Metrowealth. Skrip drama ini adalah hasil karya penulis Keetan Brenan.

Di tengah kesibukan kota Kuala Lumpur, dua kartel jenayah terbesar—keluarga Salim dan keluarga Borhan—berjuang untuk merebut kuasa dan pengaruh. Rayyan (lakonan Fadlan Hazim), anak kepada Salim, mempunyai impian untuk keluar dari dunia gelap ini dan tidak mengikuti jejak langkah bapanya. “Walaupun Rayyan adalah seorang mafia, dia tetap berpegang teguh dengan prinsip hidupnya walaupun dia anak ketua mafia,” kata Fadlan Hazim. “Watak Rayyan ini istimewa kerana dia mendambakan kehidupan tanpa jenayah, walaupun dia tahu risikonya besar untuk menentang bapanya, ketua kartel terbesar di Malaysia.”

Sementara itu, Hawa (lakonan Nadia Brian), pewaris keluarga Borhan, berhasrat untuk mengubah perniagaan gelap bapanya dan mencari kedudukan yang lebih baik dalam dunia yang penuh dengan kekejaman dan kecurangan. Nadia Brian berkongsi, “Saya berharap penonton dapat merasai perjuangan Hawa dan mengapa dia sanggup membuat perubahan dalam hidupnya demi keluarga.”

Namun, apabila perjanjian damai antara kedua keluarga mafia bertukar menjadi serangan berdarah akibat pengkhianatan, konflik pun tercetus. Tanpa disedari, Rayyan melindungi Hawa—musuh yang sepatutnya dibenci. Dalam situasi penuh ketegangan ini, cinta yang tak sepatutnya terbit di antara mereka. “Dalam dunia di mana kepercayaan adalah nilai yang paling berharga, mampukah mereka bertahan melawan takdir?” tanyakan pengarah drama, Shuhaimi Zulkefli.

Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, En. Jony Deng, turut mengulas mengenai drama ini, “Bila Takdir Melarang Cinta bukan sekadar drama cinta biasa. Ia penuh dengan aksi, emosi, dan dilema yang pastinya akan membuatkan penonton teruja. Dengan plot yang mendebarkan dan barisan pelakon yang mantap, kisah cinta yang diuji oleh kepercayaan, dendam, dan pengorbanan ini pasti akan menjadi kegemaran ramai. Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya hanya di iQIYI!”

Tayangan Perdana di iQIYI

Jangan ketinggalan menyaksikan drama iQIYI Original terbaru, Bila Takdir Melarang Cinta, yang akan mula ditayangkan secara eksklusif di platform iQIYI pada 14 Februari 2025. Langgan iQIYI VIP sekarang untuk menonton episod baru tanpa gangguan iklan, dengan kualiti definisi tinggi, dan bersedia untuk mengikuti perjalanan epik penuh ketegangan, konflik, dan perjuangan cinta yang tidak dapat dipisahkan.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari laman media sosial rasmi iQIYI atau ikuti media sosial rasmi drama ini. Saksikan kisah penuh aksi dan emosi ini hanya di iQIYI!