Malam Gala Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan, satu pencapaian khas untuk menyokong industri filem tempatan. ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD adalah penerbit filem ini yang bertujuan menggambarkan semangat patriotisme dan kebangkitan wanita yang melawan penindasan askar Jepun.
Pihak ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD selaku pengeluar dan METROWEALTH selaku pengedar ingin mengucapkan terima kasih kepada KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) ATAS SUMBANGAN DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang penting bagi memastikan kejayaan penayangan filem ini di pawagam dan kehadiran penonton.
Pengarah Pagari Bulan, Ts Raja Mukhriz telah mempertaruhkan Nazeera Sardi sebagai tunjang utama bag memegang watak sebagai pejuang yang memartabatkan kaum wanita. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat tahah air iaitu Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang. Idea filem in datang dari Ellyna Ahmad dan Ts Raja Mukhriz setelah melihat belum ada genre ‘comfort women’ yang diketengahkan dalam filem tanah air. Skrip dan lakon layar Pagari Bulan oleh Siti Jasmina Ibrahim.
PAGARI BULAN mengisahkan tentang Bulan yang merupakan anak sulung perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan. Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka daripada didera, dibunuh, dan mempertahan anak gadis yang menjadi sasaran tahanan ole tentera Jepun. Bulan bersama-sama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu.
Sharifah Shahora selaku penerbit filem Pagari Bulan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer temasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini. Filem “Pagari Bulan” akan disiarkan mulai 5 Oktober 2023 lebih daripada 60 pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura.