Apa jadinya bila seorang mover dengan cita-cita tinggi, tapi poket kosong, nekad nak jadi tauke kopi jalanan? Tonton mempersembahkan Bru – sebuah drama bersiri 10 episod yang sarat dengan gelak tawa, perjuangan, dan rasa manis pahit dunia bisnes kopi jalanan.
Bru menandakan kemunculan semula pelakon tersohor Shukri Yahaya ke layar kecil, memegang watak Shah – seorang mover yang obses dengan kopi dan kejayaan hidup. Tapi masalahnya, dia tak ada modal, hanya berbekalkan van lama tinggalan arwah bapanya dan semangat yang tak pernah luntur. Turut membintangi ialah Siti Hariesa sebagai Hani, seorang barista hebat dan anak Tan Sri yang mahu berdikari, serta Amerul Affendi sebagai Ajan, sahabat sejati yang sanggup berjuang bersama Shah hingga ke titisan terakhir espresso.
Diarahkan oleh pengarah hebat Nik Amir Mustapha dan diterbitkan oleh Lumatic Films, Bru akan ditayangkan bermula 1 Mei 2025, setiap Isnin dan Khamis, eksklusif di Tonton.
Kisahnya bermula apabila Shah nekad menukar van buruknya menjadi sebuah kafe bergerak, dibantu oleh Hani dan Ajan. Tapi bila bisnes mula berkembang, cabaran pun datang bertalu-talu – dari pesaing sengit, pelanggan cerewet, sampai ke mesin kopi yang asyik rosak! Lebih menguji, Shah juga sering bertarung dengan egonya sendiri yang makin menggugat hubungan dengan orang sekeliling.
Adakah cita-citanya untuk jadi usahawan berjaya akan membutakan nilai persahabatan dan keluarga? Atau dia akan belajar bahawa kejayaan sebenar tak semestinya datang dari keuntungan?
Bagi Shukri Yahaya, watak Shah sangat dekat di hati. “Shah seorang yang passionate, tapi realitinya keras. Wataknya bukan saja lucu, tapi penuh pengajaran untuk mereka yang sedang berjuang dalam hidup. Ini juga projek pertama saya selepas berehat seketika, jadi saya sangat teruja untuk melihat reaksi penonton,” katanya penuh semangat.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kisah unik yang membaurkan elemen kekeluargaan, keusahawanan, dan cita rasa kopi yang penuh perisa!
Saksikan Bru bermula 1 Mei 2025, eksklusif di Tonton, setiap Isnin dan Khamis. Strim terus di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.
Untuk info lanjut, ikuti Tonton di Facebook, Instagram dan Twitter: @TontonMY.