Sidang Pelancaran Single “Majnun” Azmi Saat dan Karyawan Football Club

Pada 11 Ogos 2024, acara Santai Seni@TAR di Coliseum menyaksikan dua peristiwa bersejarah: pelancaran pasukan bola sepak Persatuan Karyawan Malaysia, “Karyawan Football Club” (KFC), dan single terbaru “Majnun” oleh Azmi Saat dari Caliph Buskers.

Presiden Karyawan, Dato’ Freddie Fernandez, mengenang sejarah aktifnya biro sukan Karyawan yang pernah menyertai pelbagai pertandingan persahabatan di seluruh negara. Selepas tempoh rehat yang panjang, semangat kesukanan Karyawan kini kembali menyala dengan pembentukan Karyawan FC, atas cadangan kapten pasukan, Hairee Kool.

Karyawan FC membariskan pemain-pemain selebriti terkemuka, disertai oleh ikon bola sepak negara seperti Dato’ Dollah Salleh, Dato’ Subadron Aziz, dan Faiz Subri “PUSKAS” sebagai penasihat. Hairee Kool menekankan bahawa pasukan ini bertujuan mengeratkan hubungan antara artis dan memberi peluang kepada peminat bertemu idola mereka di padang.

Karyawan FC diwakili oleh barisan pemain selebriti berbakat, termasuk Hairee Kool, Lan Zainal, Raja Izzuwin, Riyad, Taufik Khan, Along Jeff, Betto Khai, Daniel, Meerqeen, Riot Kool, Tony Tuah, Aidil Aziz, Hasnol, Shah Slam, Johan Raja Lawak, Wan, Anye Yassin, Shahrul, Azrul, Osama Yamani, dan Mamak Raja Lawak.

Karyawan FC menerima tajaan dari Panca Abadi Automobil Sdn Bhd dan sokongan jenama selipar premium ANH. Bayaran token dari perlawanan persahabatan akan disalurkan sebahagiannya ke Tabung Kebajikan Karyawan untuk membantu artis yang memerlukan.

Bagi yang berminat menjemput Karyawan FC untuk perlawanan persahabatan, sila hubungi Hairee Kool di talian 01164595069.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *