Siri HONOR 200 Kini Menerima Ciri Fotografi AI Terbaharu, AI Eraser Akan Bermula Pertengahan September

Siri HONOR 200, telefon pintar flagship kelas pertengahan fotografi potret premium telah menerima kemas kini Magic AI terbaharu yang meningkatkan pengalaman pengguna beserta keupayaan Bokeh Adjustment, Group Photo Enhance dan fungsi AI Eraser.

Fokus objek tersendiri dengan Bokeh Adjustment

Ciri baharu Bokeh Adjustment kini tersedia pada HONOR 200 Pro dan HONOR 200, membolehkan pengguna memasukkan efek kabur dalam gambar secara kreatif dengan menyelaras fokus dan apertur, seperti sistem kamera profesional. Apa yang mengagumkan ialah ianya memberikan fleksibiliti yang lebih baik bagi pengguna untuk mencipta hasil penggambaran yang kreatif dengan menumpukan kepada bahagian tertentu sesebuah gambar yang diambil secara khusus.

Tangkap ‘wefie’ menarik dengan Group Photo Enhance

Manakala ciri AI Group Photo Enhance menyokong pengayaan ketelitian potret, membetulkan mata tertutup dan raut wajah tidak seimbang untuk menghasilkan gambar secara berkumpulan yang sempurna tanpa perlu mengambil gambar tambahan berulang kali.

Semasa menangkap gambar ‘wefie’, sekiranya terdapat individu mengelipkan matanya, teknologi Multi Frame Synthesis yang berkuasa akan membetulkan mata tersebut secara pintar agar semua orang di dalam gambar tersebut kelihatan sempurna. Fungsi ini hanya tersedia pada kamera belakang dan ianya dicipta khas bagi gambar secara berkumpulan untuk dua hingga 50 orang.

Buang objek yang tidak dikehendaki dengan AI Eraser

Fungsi AI Eraser baharu akan dikemas kinikan bagi Siri HONOR 200 pada pertengahan September 2024. Ciri ini berupaya untuk membuang objek yang tidak dikehendaki daripada gambar secara pintar dan lancer. Contohnya seperti orang, kenderaan dan banyak lagi daripada latar belakang yang boleh menjejaskan keindahan sesebuah gambar. Objek ini boleh dibuang secara manual atau automatik bagi menghasilkan gambar yang bersih dan kelihatan profesional.

Siri HONOR 200 Mendefinisikan Semula Fotografi Potret Tahap Studio 

Siri HONOR 200 memanfaatkan penggunaan AI Portrait Engine baharu yang dibangunkan dengan kolaborasi bersama Studio Harcourt yang berpangkalan di Paris untuk menangkap fotografi potret bertaraf studio dalam bentuk telefon pintar mudah alih yang kompak.

Siri ini menampilkan Kamera Utama 50MP dengan model Pro menggunakan Kameran Utama H9000 1/1.3 inci, manakala Standard menggunakan sensor Sony IMX906. Kamera Telefoto 50MP pula menggunakan sensor Sony IMX856 dan sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS) untuk gambar serta video yang lebih stabil.

Dalam memastikan prestasi yang mantap dan bernilai, Siri HONOR 200 menggunakan paparan AMOLED 120Hz terkini yang mempunyai pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Display Certification dan pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display Certification.

Bagi prestasi lebih lancar, Pro menggunakan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen3 dan cip HONOR C1+RF dipertingkatkan, manakala bagi model HONOR 200 menampilkan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3. Siri HONOR 200 dikuasakan oleh bateri berkapasiti besar 5,200mAh dengan teknologi pengecasan berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge, manakala model Pro didatangkan dengan pengecasan tanpa wayar 66W Wireless HONOR SuperCharge Wireless.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, ikuti akaun Facebook rasmi atau kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *