LATEST

Suka Sama Suka oleh Izzue Islam & Macam Dulu-Dulu oleh Marsha Milan dan Khai Bahar

Marsha Milan dan Khai Bahar dipilih untuk menceriakan kempen Ramadan Raya 2024 bagi Media Prima iaitu ‘Rara Macam Dulu – Dulu’ dengan lagu yang pasti menggamit memori zaman retro berjudul ‘Macam Dulu – Dulu’. Lagu ini telah bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music bermula pada 18 Mac 2024 ini.

‘Macam Dulu – Dulu’ dihasilkan oleh Shazee Ishak dan Audi Mok ini telah memikat hati orang ramai apabila mula menjadi siulan ramai selepas dilancarkan menerusi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, @alternate.rt_ di TikTok dan @AlternateRecords di YouTube pada 18 Mac 2024.

Marsha begitu teruja untuk menyanyikan lagu Ramadan Raya ini bersama-sama dengan rakan seperjuangannya Khai Bahar. Menurut beliau, “Saya sangat gembira apabila dapat berduet dengan Khai, walaupun kami sering berada di acara dan pentas yang sama, kami tidak pernah bekerjasama sebelum ini, apatah lagi berduet bersama. Lagu ini unik bagi saya kerana ia menampilkan pelbagai elemen yang berbeza dan saya berharap lagu ini dapat mencipta memori pendengar bersama keluarga serta rakan taulan sempena bulan Ramadan dan Syawal ini.”

Khai Bahar turut teruja apabila digandingkan dengan Marsha, “Pada awalnya memang terkejut apabila dapat tahu saya akan bergandingan dengan Marsha. Pada masa yang sama juga, saya berasa amat teruja kerana Marsha merupakan seorang ikon bagi saya dengan vokalnya yang unik dan mempunyai pitching tinggi yang merdu. Gandingan istimewa ini memberi peluang keemasan kepada saya untuk meningkatkan lagi prestasi dan kreativiti buat diri saya. Tambah istimewa apabila lagu ini dapat mengimbau memori indah di pagi Syawal ‘macam dulu-dulu.”

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Macam Dulu-Dulu yang sudah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan Youtube Music bermula pada 18 Mac 2024 ini. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, @alternate.rt_ di TikTok dan @AlternateRecords di YouTube.

Turut disertakan lirik lagu Macam Dulu-Dulu:

Verse 1

Male

Apa khabar juwita

Tak sabar nak

berjumpa

Bila mengimbas rindu

Saat kau di sisiku

Bagai dendangan lagu

 

Female

Nun di sana tempatku

Tak sabar nak

bertemu

Semua cantik berseri

Baju berwarna-warni

Hilangnya rasa sepi

 

Pre Chorus Male

Ku dengar canda tawa

Ayahanda

mengusik-usik bonda

Girangnya suasana

Hari yang mulia

 

Pre Chorus Female

Nenek tersenyum

lebar

Bersenda hingga tak

kering gusi

Syukur dapat kita

bersuka ria

 

Chorus

Indah macam

dulu-dulu

Riang ria di sisimu

Indah macam

dulu-dulu

Aku rindu

Rasa macam

dulu-dulu

Mesra tanpa rasa malu

Rasa macam

dulu-dulu

Aku rindu

 

Verse 2

Male

Dendang mari

berdendang

Riuh jadi iringan

Kelipan bunga api

Terangi malam hari

Sambil kita menari

 

Female

Mohon ampun dan

restu

Dari ayah dan ibu

Yang jauh di rantauan

Teringinkan masakan

Kuih-muih di

kampung

 

Repeat Pre Chorus Male

Repeat Pre Chorus Female

Repeat Chorus

Bridge

Buat

kenang-kenangan

Kisah yang lama

Semua asal-usul kita

Kini dinda menyusun

jari

Memohon maaf

Moga bahagia

bersama

 

Repeat Chorus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *