Mon. Apr 15th, 2024

Bermatlamat memberikan peluang kepada wanita dari komuniti berkeperluan untuk meningkatkan kemahiran dan merialisasikan potensi mereka menjadi #JadiLebihLagi, Sunlight Malaysia mengumumkan kemuncak program Tangan Tangan Terer pertamanya yang dilancarkan dengan kerjasama Ibupreneur Malaysia pada bulan Julai 2023.

Sunlight aktif dalam memperjuangkan hak wanita untuk mengejar impian mereka, justeru itu melancarkan program Tangan Tangan Terer dengan kepercayaan bahawa wanita mampu menjadi lebih daripada yang disangkakan. Sama seperti dengan Sunlight, ‘setitik sudah cukup’ untuk pengalaman mencuci pinggan mangkuk bebas minyak, Sunlight berharap dapat bersama-sama para wanita dalam meringankan tanggungjawab rumah tangga mereka sekaligus membantu mereka melapangkan lebih banyak masa untuk mereka menggapai pelbagai impian kejayaan yang lebih hebat.

“Kami berbesar hati dapat meraikan graduasi lapan wanita yang sangat memberi inspirasi ini apabila mereka manfaatkan peluang yang diberikan untuk merealisasikan impian dan cita-cita mereka, serta percaya bahawa mereka mampu mencapai kejayaan yang lebih hebat dan tidak dibatasi dengan komitmen terhadap keluarga atau rumah tangga. Kami yakin bahawa melalui program ini, lebih ramai wanita akan mendapat inspirasi daripada graduan tersebut, untuk turut mengecap impian mereka dan membakar semangat mereka bagi memulakan perjalanan transformatif dalam menggubal semula masa hadapan mereka disamping menjalani kehidupan yang lestari,” kata Ketua Bahagian Penjagaan Rumah Unilever Malaysia dan Singapura, Hong Ee Fen.

Menyediakan lebih banyak pilihan untuk wanita meningkatkan kemahiran

Program Tangan Tangan Terer, yang disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mendapat sambutan hebat daripada rakyat Malaysia dengan mencatatkan 395 permohonan di seluruh negara.

Daripada ratusan pemohon, lapan usahawan wanita yang berpotensi tinggi telah dipilih secara khusus untuk menyertai program ini yang mengandungi sepuluh modul pendidikan yang dihasilkan bagi memberi mereka pengalaman praktikal dalam pembangunan produk, pemasaran digital, pengurusan kewangan, undang-undang dan jualan, serta pelbagai lagi.

Selepas dua bulan menjalani modul peningkatan kemahiran yang intensif, program ini tiba ke kemuncaknya pada Januari lalu yang menyaksikan lapan usahawan wanita yang bersedia untuk mengecap impian mereka bersama Tangan Tangan Terer sebagai batu loncatan untuk merealisasikan impian keusahawanan mereka.

Nur Nadhirah, pengasas Nurhalwa.co, sebuah perniagaan yang menjual tudung bawal, merupakan salah satu daripada tiga finalis teratas program Tangan Tangan Terer. Beliau berkongsi bahawa program ini telah merealisasikan idea perniagaannya menerusi peluang yang diberikan untuk membangunkan kemahiran keusahawanan yang diperlukan bagi menubuhkan perniagaan melalui modul praktikal yang dikendalikan oleh pakar industri.

“Banyak yang saya pelajari melalui program ini dan berpeluang menjalani latihan bersama peserta lain merupakan sesuatu yang sangat bermakna. Saya belajar lebih mendalam tentang kekuatan diri sendiri dan menerima pandangan berharga mengenai cara untuk memperbaiki kelemahan diri yang amat membantu dalam perjalanan keusahawanan saya,” ujar Nur Nadhirah, suri rumah dan ibu kepada seorang anak.

Fasa kedua program Tangan Tangan Terer bermula pada April ini

Rentetan kejayaan pelancaran sulung program Tangan Tangan Terer, Sunlight Malaysia bakal memulakan anjuran kali kedua program tersebut, dengan membuka penyertaan bermula April 2024, dan butiran lanjut akan diumumkan kelak.

Program ini menyasarkan untuk menjangkau 800 wanita Malaysia, memberi mereka lebih banyak peluang untuk meningkatkan kemahiran demi menambahbaik kehidupan keluarga, serta membuka jalan untuk mereka menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Tangan Tangan Terer, sila layari https://www.ulmysg.com/my/SunlightTanganTanganTerer/.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *