Single pertama dari Hisyam Rahim iaitu sebuah karya yang lebih cenderung kepada “malay minor ballad” berjudul ‘Hal Kita’.
Hisyam Rahim atau nama sebenarnya Muhammad Hisyam Bin Abdul Rahim, berasal dari Kemaman, Terengganu. Dia sedang menyambung pelajarannya di peringkat diploma dalam jurusan seni persembahan di UMK, Kampus Bachok. Karier seni Hisyam bermula sejak kecil, apabila dia aktif dalam pertandingan nyanyian, pidato, tilawah Al-Quran dan persembahan pentas lain. Beberapa pencapaian peribadi Hisyam dalam bidang nyanyian…