#KisahKariKu: Merayakan Kreativiti dan Warisan Kari Malaysia
Kempen #KisahKariKu, anjuran bersama RASA dan BABA’s, telah berjaya mencipta satu platform yang mengangkat kreativiti dan memartabatkan masakan kari sebagai lebih daripada sekadar hidangan biasa. Acara kemuncaknya, Pertandingan Akhir Memasak #KisahKariKu, yang diadakan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, pada 25 November 2024, menyaksikan persaingan sengit di antara enam finalis yang terpilih. Mereka diberi peluang…