LATEST

TV ALHIJRAH KEMBALIKAN SEMANGAT HAJI MELALUI PROGRAM “ALUMNI HAJI” – PODCAST ROHANI DARI HATI PARA JEMAAH

Dalam usaha menyemarakkan semula semangat haji dalam jiwa umat Islam, TV AlHijrah tampil dengan sebuah program bual bicara baharu berjudul Alumni Haji, yang mengetengahkan kisah-kisah luar biasa daripada para jemaah yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, jam 6:30 petang mulai 5 Mei hingga 4 Jun 2025, program ini membawa…

Read More

TV AlHijrah Sokong Usahawan Muslim Tempatan Menerusi Bincang Niaga Meriah Raya

TV AlHijrah kembali dengan edisi istimewa Bincang Niaga Meriah Raya, sebuah program pengiklanan mampu milik yang memberikan ruang kepada usahawan Muslim tempatan untuk menonjolkan produk dan jenama mereka. Disiarkan secara langsung dari Studio TV AlHijrah bermula 16 April hingga 16 Mei 2025, program ini menyasarkan pelbagai sektor industri. Inisiatif ini menjadi platform penting bagi usahawan…

Read More

Bubur Lambuk Hijrah Prihatin: TV AlHijrah Terus Menyentuh Hati Masyarakat Ramadan Ini

Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, bukan sahaja sebagai waktu untuk mempertingkatkan ibadah, tetapi juga sebagai peluang untuk mengukuhkan hubungan persaudaraan dan menyemai kasih sayang antara sesama insan. Menyambut semangat tersebut, TV AlHijrah terus meneruskan inisiatif Hijrah Prihatin Bubur Lambuk, sebuah program yang bertujuan mengagihkan juadah berbuka puasa sambil menyantuni golongan yang memerlukan. Program…

Read More

Hijrah Prihatin Bubur Lambuk – Inisiatif TV AlHijrah Menyemai Kasih Ramadan

TV AlHijrah meneruskan komitmennya dalam menyemarakkan Ramadan dengan program Hijrah Prihatin Bubur Lambuk, yang bertujuan bukan sahaja untuk mengedarkan juadah berbuka puasa, tetapi juga untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat. Program ini akan berlangsung di Lembah Klang dan Pulau Sebang, Melaka, dengan penglibatan ramai pihak termasuk sukarelawan, personaliti TV, serta rakan penaja seperti MYTV. Pengagihan…

Read More

Anugerah Carta 114 Rai Seni Islamik dan Nasyid Terbaik 2025

TV AlHijrah sekali lagi mengangkat martabat muzik nasyid menerusi Anugerah Carta 114, yang kini memasuki edisi ketiganya. Penganjuran acara ini bertujuan memberi penghormatan kepada seni muzik ketuhanan yang bukan sahaja mendidik jiwa, malah memperkaya budaya serta menyuburkan nilai seni Islam dalam arus perdana. Kemuncak Anugerah Carta 114 2025 akan berlangsung pada 1 Februari 2025 (Sabtu),…

Read More

TV AlHijrah Tampil dengan Hadis@114 dan Quran@114 Musim Baharu Mulai 1 Januari 2025

TV AlHijrah, sebagai stesen televisyen Islam terkemuka di Malaysia, dengan penuh sukacita memperkenalkan dua program terbaharu yang bertujuan memperkasa kefahaman umat Islam mengenai ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Program-program ini adalah Hadis@114 dan musim terbaharu Quran@114, yang dilancarkan untuk memulakan tahun 2025 dengan semangat pembaharuan dan keberkatan. Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris,…

Read More
Program Celik al-Quran ‘IQRA’

TV AlHijrah Lancar Program Celik al-Quran ‘IQRA’ di TikTok

TV AlHijrah, sebagai peneraju media dakwah, baru-baru ini melancarkan satu inisiatif yang sangat bermakna dalam usaha untuk memperkenalkan dan mempermudah akses kepada ilmu al-Quran melalui platform digital. Program baharu yang dinamakan IQRA ini disiarkan secara eksklusif di aplikasi TikTok dan dihasilkan dengan kerjasama Darul Fikir. IQRA bertujuan untuk menjadi jendela ilmu bagi masyarakat Malaysia, dengan…

Read More

TV AlHijrah Menang Anugerah Kecemerlangan Penciptaan Kandungan Islam

TV AlHijrah baru-baru ini meraih pengiktirafan yang membanggakan apabila berjaya membawa pulang dua anugerah yang mengiktiraf usaha dan dedikasi stesen tersebut dalam penyiaran kandungan Islam di Malaysia. Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan TV AlHijrah untuk menyajikan program-program berkualiti tinggi yang selaras dengan prinsip dan nilai-nilai Islam, sekaligus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju media Islamik di negara…

Read More

SELEKSI RANCANGAN SYAWAL MENYEBAR KEINSANAN TV ALHIJRAH 1445H

Aidilfitri diraikan di TV AlHijrah dengan tema Syawal Menyebar Keinsanan. 13 seleksi rancangan istimewa akan disajikan buat penonton. Kesemua rancangan ini bermatlamat mengeratkan perhubungan manusia dengan Yang Esa dan perhubungan manusia sesama manusia sebagai pedoman penting di dalam memahami kehidupan yang hakiki. 13 rancangan Syawal pelbagai genre adalah Assalamualaikum Istimewa Syawal, Camca Syawal, Cinta Ilmu…

Read More

QURAN@ 114: MENYELAMI KEINDAHAN AL-QURAN MELALUI KONSEP TADABBUR, TAFAQQUH, TAZAKKUR DAN I’TIBAR

Memenangi hati penonton dengan catatan prestasi sebanyak 7.3 juta screenview pada musim pertama, rancangan Quran@114 diteruskan untuk musim kedua secara eksklusif di TV AlHijrah. Quran@114 musim kedua menemui penonton pada setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari sebanyak 366 episod sepanjang tahun. Istimewanya, rancangan ini bukan sekadar mengajak penonton untuk sama-sama…

Read More