Teknologi AI HONOR Magic7 Pro Cegah Penipuan Digital dalam 3 Saat!

Penipuan menggunakan teknologi deepfake semakin menjadi masalah global yang menakutkan, dengan Malaysia turut mencatatkan kerugian besar akibat penipuan ini. Menurut laporan New Straits Times, pada 2024, Malaysia mengalami kerugian RM500 juta akibat penyalahgunaan teknologi AI untuk menghasilkan video palsu yang menyerupai individu terkenal, termasuk tokoh masyarakat, dengan tujuan untuk menipu mangsa agar melakukan urus niaga palsu.

Antara figura awam yang wajah dan suara mereka dieksploitasi oleh penjenayah deepfake termasuk Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Lee Chong Wei, dan Khairul Aming, lapor Free Malaysia Today. Penipuan ini menyebabkan mangsa yang terpedaya untuk menyerahkan wang atau maklumat peribadi mereka kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Untuk melawan ancaman ini, HONOR memperkenalkan teknologi AI Deepfake Detection melalui telefon pintar terbarunya, HONOR Magic7 Pro. Telefon pintar ini dilengkapi dengan teknologi pengesanan deepfake pertama di dunia yang mampu mengesan dan membezakan kandungan video yang telah dimanipulasi dengan tepat. Semasa panggilan video, teknologi ini akan memeriksa aspek seperti pandangan mata, cahaya, ketajaman imej, dan pengulangan video untuk mengesan sebarang kecacatan yang tidak kelihatan oleh mata kasar.

Sekiranya sebarang anomali dikesan dalam tempoh tiga saat, HONOR Magic7 Pro akan mengeluarkan amaran pada skrin, memberikan perlindungan kepada pengguna daripada menjadi mangsa penipuan digital. Dengan teknologi ini, HONOR Magic7 Pro menawarkan satu persekitaran yang lebih selamat untuk komunikasi digital.

Khabar gembira bagi peminat teknologi, HONOR Magic7 Pro akan segera memasuki pasaran Malaysia. Pada 9 Disember nanti, lebih banyak maklumat mengenai rekaan, ciri-ciri AI, dan pandangan pertama mengenai telefon pintar flagship ini akan diumumkan.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman web HONOR di www.honor.com/my.