Telefon Pintar Flagship Estetik AI Didedahkan Dengan Ciri-ciri Utama HONOR 200 Pro

Setelah pelancaran rasmi Siri HONOR 200 bulan lalu, peminat di Malaysia tidak sabar untuk melihat dan memiliki peranti terbaru ini yang menawarkan ciri-ciri bertaraf flagship dalam kategori kelas pertengahan. Atas permintaan tinggi daripada peminat, HONOR kini membawakan versi Pro Siri HONOR 200 ke Malaysia buat pertama kali.

Telefon Pintar Kelas Pertengahan Premium dengan Prestasi Taraf Flagship

HONOR 200 Pro adalah telefon pintar kelas pertengahan premium perintis yang menawarkan keupayaan fotografi potret serta ciri-ciri bertaraf flagship yang ada pada HONOR Magic6 Pro, peranti premium yang terkini. Berikut antara ciri-ciri bertaraf flagship berkuasa yang ditawarkan HONOR 200 Pro.

  1. Sensor Kamera Utama H9000 berkuasa

HONOR 200 Pro menampilkan kombinasi kamera berkuasa yang berupaya menangkap gambar potret bertaraf studio. Untuk itu, susunan kamera merangkumi kamera 50MP yang dilengkapi dengan Sensor Camera Utama H9000 1/1.3 inci berkuasa yang menawarkan keupayaan pengesanan cahaya dan sokongan HDR yang hebat. Sensor ini juga digunakan dalam HONOR Magic6 Pro. Selain itu, sensor ini turut didatangkan bersama Dual Optical Image Stabilisation (OIS) dan sistem anti-goyang Electronic Image Stabilisation (EIS), membolehkan pengguna menangkap imej yang jelas dan teliti walaupun dalam keadaan malap dan bergerak pantas seperti menangkap imej seseorang yang sedang berlari atau burung terbang.

HONOR 200 Pro juga dilengkapi Kamera Telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX 856 yang direka khas untuk menangkap potret dan objek jauh yang dizum pada jarak dekat dengan ketajaman dan kejelasan yang amat tepat. Pemasangan Sony IMX 856 ini menjadikan Siri HONOR 200 telefon pintar pertama di Malaysia memiliki sensor baharu yang berkuasa ini.

  1. Bateri karbon silikon besar dengan pengecasan pantas wayarles 66W 

HONOR 200 Pro menawarkan Bateri Karbon Silikon 5,200mAh, jenis bateri yang sama digunakan dalam siri telefon flagship HONOR Magic. Ini membolehkan HONOR 200 Pro menawarkan prestasi yang boleh dipercayai dan jangka hayat bateri lebih lama dengan penstriman muzik secara berterusan sehingga 61 jam dalam sekali cas.

Mengecas telefon mungkin sesuatu yang melecehkan tetapi HONOR 200 Pro mengintegrasikan teknologi pengecasan pantas berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge, membolehkan bateri penuh dalam tempoh hanya 41 minit. Ia juga menawarkan pengecasan wayarles pantas 66W Wireless HONOR SuperCharge dengan pengecas yang sepadan. HONOR 200 Pro mudah untuk dicas semula dalam masa beberapa minit tanpa perlu risau kehabisan kuasa bateri semasa menstrim video atau bermain aplikasi permainan.

  1. Cipset Qualcomm dan kesambungan 5G berkuasa tinggi

HONOR 200 Pro dikuasakan oleh prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 yang terkini. Mempersembahkan kelajuan jam pantas sehingga ke 3GHz, prosesor ini membolehkan HONOR 200 Pro mengoperasikan permainan dengan grafik yang amat intensif dan memastikan tindak balas masa sebenar yang lancar semasa berinteraksi dengan aplikasi yang banyak menggunakan tenaga dan keupayaan.

Untuk kesambungan lebih lancar, HONOR 200 Pro juga menawarkan cipset HONOR C1 + RF yang dipertingkatkan bagi memastikan kesambungan yang optimum walaupun di kawasan dengan rangkaian lemah selain meningkatkan prestasi rangkaian 5G.

Perisian MagicOS 8.0 terkini untuk pengalaman pengguna lebih intuitif

Pengenalan MagicOS 8.0 kepada peranti siri bernombor HONOR termasuk HONOR 200 Pro membawakan kuasa AI kepada telefon pintar. Menampilkan AI bertaraf platform dan antaramuka pengguna berdasarkan tujuan (IUI) yang pertama dalam industri, MagicOS 8.0 boleh menterjemah tujuan pengguna serta menawarkan pengalaman yang diperibadikan dan selamat dengan aplikasi pilihan melalui hanya satu leretan pada paparan. 

Pastikan anda dapatkan berita terkini siri HONOR 200 dengan mengikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *