Udit Narayan Akan Menghiburkan Peminat di Konsert Mega Kuala Lumpur

Ikon muzik Bollywood yang dikenali sebagai Raja Melodi, Udit Narayan, bakal berjumpa dengan peminatnya di Kuala Lumpur pada 28 Disember 2024.

Konsert yang dianjurkan oleh VVST Digital Creation ini akan membawa penonton ke zaman keemasan industri filem dan muzik Bollywood, merentasi era 90-an hingga ke hari ini.

Udit Narayan telah merakamkan lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa sepanjang lebih tiga dekad dalam kerjayanya, dan terkenal dengan suaranya yang sering dipinjamkan kepada tiga Raja Khans Bollywood: Datuk Shah Rukh Khan, Salman Khan, dan Amir Khan, serta ramai pelakon lain.Antara lagu ikonik beliau, “Papa Kehte Hain,” yang dipersembahkan dalam filem “Qayamat Se Qayamat Tak,” bukan sahaja mengangkat namanya, tetapi juga mencetuskan fenomena hebat dalam arena muzik Bollywood.

Dalam konsert di Kuala Lumpur ini, Udit akan bertemu peminatnya selepas 12 tahun, dengan persembahan terakhir beliau berlangsung di sebuah hotel. Beliau akan menyanyikan koleksi lagu-lagu hits yang pernah menguasai carta muzik Bollywood. Udit, yang baru-baru ini mengadakan konsert di Dubai dan Eropah, menunjukkan rasa teruja untuk kembali ke Malaysia dan berinteraksi dengan peminat di Kuala Lumpur.

Pihak penganjur telah mengumumkan bahawa peminat yang hadir akan menikmati pengalaman yang istimewa untuk menutup tahun 2024, menjadikannya salah satu kenangan terbaik untuk tahun 2025.

Udit Narayan

Bagi meningkatkan keterujaan peminat, penganjur menyediakan peluang untuk mereka memilih lagu-lagu kegemaran melalui kempen dan pertandingan yang akan diadakan dalam bulan-bulan mendatang.

“Harapan kami adalah agar peminat Udit dapat terlibat dalam pemilihan lagu. Kami akan terus memberi maklumat terkini untuk melibatkan peminat dalam persiapan konsert ini. Oleh itu, kami menyeru semua peminat untuk tetap bersama kami,” kata Pengarah First Picture Sdn. Bhd., En Muhamad Dzul Hilmi Bin Zainol, semasa sidang media hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *