Dalam konsert di Kuala Lumpur ini, Udit akan bertemu peminatnya selepas 12 tahun, dengan persembahan terakhir beliau berlangsung di sebuah hotel. Beliau akan menyanyikan koleksi lagu-lagu hits yang pernah menguasai carta muzik Bollywood. Udit, yang baru-baru ini mengadakan konsert di Dubai dan Eropah, menunjukkan rasa teruja untuk kembali ke Malaysia dan berinteraksi dengan peminat di Kuala Lumpur.
Pihak penganjur telah mengumumkan bahawa peminat yang hadir akan menikmati pengalaman yang istimewa untuk menutup tahun 2024, menjadikannya salah satu kenangan terbaik untuk tahun 2025.
Bagi meningkatkan keterujaan peminat, penganjur menyediakan peluang untuk mereka memilih lagu-lagu kegemaran melalui kempen dan pertandingan yang akan diadakan dalam bulan-bulan mendatang.
“Harapan kami adalah agar peminat Udit dapat terlibat dalam pemilihan lagu. Kami akan terus memberi maklumat terkini untuk melibatkan peminat dalam persiapan konsert ini. Oleh itu, kami menyeru semua peminat untuk tetap bersama kami,” kata Pengarah First Picture Sdn. Bhd., En Muhamad Dzul Hilmi Bin Zainol, semasa sidang media hari ini.