Sun. Apr 14th, 2024

Disebabkan kewujudan tekanan yang tidak menentu, kalangan masyarakat baru-baru ini menerima pelbagai berita yang mengejutkan. Berita tentang orang yang hilang kewarasan—secara fizikal dan rohani.

‘Waras’ merupakan rilisan terbaru Luncai Emas Sdn Bhd daripada Album: Joget Made In Malaysia yang disampaikan oleh penyanyi baru , Aleya yang mengangkat permasalahan ini . Aleya berasal dari Sandakan, Sabah adalah seorang pelajar jurusan Diploma Seni Muzik tahun keempat di Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM.

Penerbitan single Waras ini adalah kerjasama daripada pensyarah serta pelajar daripada Kolej Pengajian Seni Kreatif UITM yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Rithaudin Md Noor selaku penerbit lagu.

‘’Bagi saya, setiap ayat yang disampaikan dalam lagu ini dapat mewujudkan kesedaran dan kewarasan kepada diri saya. Pensyarah saya iaitu Alwagera sudah menjadi sumber inspirasi saya untuk lebih sedar akan keseronokkan dunia. Bahayanya keseronokkan dunia sekiranya kita leka dalam kehidupan’’ Jelas Aleya. Saya amatlah berharap lagu ini disukai orang ramai dan mendapat sokongan bagi membantu saya untuk berjaya dalam kerjaya saya’’ Kata Aleya lagi

Menurut komposer lagu ini, Alwagera, beliau mendapat ilham berdasarkan kisah mereka yang dilanda kesempitan hidup mahupun dalam keadaan tertekan sehingga hilang waras. Saya dan penggubah; Affan serta kumpulan produksi, memilih untuk membuat suatu kelainan iaitu menggabungkan elemen pop, rock, EDM dan joget agar mudah diterima ramai.. Produksi lagu telah mengambil tempoh lebih kurang 1 bulan lebih termasuk proses rakaman’’. Jelas Alwagera .

Penerbit Album Joget : Made In Malaysia , Keon Omar , menjelaskan tujuan utama penerbitan lagu – lagu joget nyanyian penyanyi muda di dalam album ini adalah bagi mendekatkan golongan muda dengan irama tradisi joget ini. Walaupun kontemporari , asas muzik joget tetap ada.

Penggambaran muzik video bagi single Waras ini telah dijalankan dengan arahan oleh Azlan Syah Rashid , seorang pensyarah Fakulti Filem , Teater & Animasi di Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM.

‘Waras’ berpotensi menjadi lagu yang diminati oleh semua golongan. Boleh didengari di semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dll, dan video muziknya juga boleh ditonton di saluran Youtube Luncai Emas bermula 12 Mei ini.

Luncai Emas Sdn Bhd berharap usaha album joget ini akan mendapat sokongan semua golongan peminat, tua dan muda dan daripada radio, televisyen, media cetak dan elektronik.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *