Dalam majlis pelancaran produk biskut istimewa BeCalm Cookies, syarikat BeCalm Malaysia turut memperkenalkan Kempen Kesihatan Mental bertemakan “BeCalm – You Can Be Okay”.
Pengarah Urusan BeCalm Malaysia, Pn Maisarah Datuk Abdullah Sani, menyatakan bahawa kempen ini diinspirasikan oleh petikan popular “It’s Okay Not To Be Okay” yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dalam kalangan anak muda.
Untuk memperluas penyebaran mesej kempen ini, beberapa selebriti dan pempengaruh seperti Mark Adam, Irma Hasmie, Sissy Iman, Syed Ali, Heliza Helmi, Ajak Shiro, Suraya Borhan, serta Zaza Zainee, seorang pempengaruh kesihatan dan kecergasan, telah diajak untuk bersama-sama menyampaikan mesej ini. Zaza Zainee juga dilantik sebagai duta pertama BeCalm Cookies.
Menurut Pn Maisarah, beliau berasa bertanggungjawab untuk melancarkan kempen ini kerana kesedaran terhadap masalah kesihatan mental yang semakin meningkat. “Jangan biarkan diri terperangkap dalam kesedihan dan kemurungan serta dikelilingi oleh fikiran negatif. Ambil masa untuk bersedih, tetapi jangan terlalu lama,” katanya. Beliau menekankan kepentingan untuk bangkit dan mencari penyelesaian demi kesejahteraan mental.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya turut menyaksikan Pn Maisarah berkongsi kisah peribadinya. Beliau mengalami tekanan dan kemurungan setelah didiagnosis dengan tumor otak pada tahun 2007 semasa bekerja di London. Masalah kemurungan tersebut menyebabkan beliau mengalami insomnia, peningkatan berat badan, kehilangan ingatan, disorientasi, serta gangguan penglihatan. Beliau juga mengalami fitnah daripada rakan-rakan akibat masalah kesihatan mental yang membelenggunya hampir satu dekad.
Pada tahun 2016, Pn Maisarah memutuskan untuk tidak terus hidup dalam kemurungan. Beliau menemui ashwagandha, sejenis herba yang membantu memperbaiki keadaan mentalnya. Dari situ, beliau mendapat idea untuk mengeluarkan produk makanan yang mengandungi ashwagandha sebagai snek harian.
Inilah yang membawa kepada penghasilan BeCalm Cookies, produk biskut yang dikategorikan sebagai “functional food”. Biskut ini bukan sahaja enak, tetapi juga memberi pelbagai manfaat kesihatan dengan kandungan ashwagandha KSM66.
Sempena pelancaran ini, BeCalm Malaysia memperkenalkan tiga perisa biskut istimewa iaitu Chocolate Chip Sea Salt (CHILLAX), Speculoos White Chocolate (MIND FLEX), dan Uji Matcha White Chocolate (VIBE ON). Ketiga-tiga perisa ini mempunyai rasa yang lazat dan fungsi yang berbeza, lengkap dengan pembungkusan yang menarik.
BeCalm Cookies juga mengeluarkan “kotak edisi terhad” bersempena program Live TikTok Sembang Mak Mak Suria FM. Setiap pembelian di TikTok BeCalm berharga RM50 dengan enam keping biskut (dua keping setiap perisa) bermula 31 Julai hingga 9 Ogos 2024. 50 pembeli pertama dengan pembelian dua kotak akan menerima mug edisi khas dan pelekat You Can Be Okay.
Turut hadir dalam majlis pelancaran adalah Pengerusi BeCalm Malaysia Datuk Abdullah Sani Karim, Pengurus Besar Kanan Suria Radio 988FM Woo Bee Ay, Presiden MIASA Anita Abu Bakar, Dr Redza Abdul Rahman, dan Ketua Pengarah Eksekutif 3Bumi Trading Sdn Bhd Silahudin Jamaluddin. BeCalm Malaysia juga mengumumkan kerjasama strategik perniagaan bersama Syarikat 3Bumi Trading Sdn.Bhd.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk BeCalm boleh membeli di Tik Tok Shop BeCalm, Shopee BeCalm atau wasap di istagram @becalm.my.