6.6 Jualan Paling Wow di Lazada Tiba Dengan Tawaran Hebat!

Jadikan Jun ini sebagai bulan beli-belah anda yang terbaik! Dari 5 Jun (8PM) hingga 8 Jun 2024, sertai pesta beli-belah 6.6 Jualan Paling Wow Lazada yang dinanti-nantikan ini. Dapatkan tawaran hebat dan diskaun meluas merentasi semua kategori dan jenama. Dari produk kecantikan hingga barangan keperluan dapur, pakaian wanita hingga barangan rumah, kami akan memanjakan anda dengan pelbagai tawaran tidak dapat ditandingi. Janji harga terbaik, hadiah percuma, dan banyak lagi menanti anda!

Khazanah Fesyen dan Kecantikan

Jangan lepaskan peluang menerokai dunia fesyen terkini dan menyemarakkan koleksi kecantikan anda dengan 6.6 Jualan Paling Wow! Dapatkan akses kepada pelbagai jenama terkenal seperti AVEDA, Beauty of Joseon, SKINTIFIC, dan L’Occitane untuk memastikan anda sentiasa bergaya dan mengikut trend terkini. Nikmati penjimatan luar biasa dan manfaatkan harga berbaloi yang ditawarkan.

Harga Sentiasa Lebih Baik

Dengan Jaminan Harga Terendah Lazada, anda tidak perlu risau tentang membayar lebih. Jika anda menjumpai produk yang sama dengan harga lebih rendah di tempat lain, kami akan pulangkan 120% perbezaan harga kepada anda. Pastikan untuk rujuk tag Jaminan Harga Terendah pada butiran produk untuk memastikan anda mendapat harga terbaik. Berbelanjalah dengan yakin, kerana kami komited untuk menyediakan penawaran terbaik kepada anda!

Jimat lebih dengan membeli dengan bijak!

Selain Crazy Mega Brand Offer yang tersedia setiap hari dengan diskaun hingga 80%, para pengguna yang bijak dan cermat harus memperhatikan tawaran mengejut LazFlash. Menampilkan jenama global terkenal seperti Oppo, Ogawa, Xiaomi, Le Creuset, Trapo, DJI, Sony, Vivo, dan banyak lagi, tawaran terhad ini memberikan nilai luar biasa dengan penjimatan lebih besar sehingga 90% pada produk jenama ikonik dari LazMall dan pilihan pasaran tempatan.

Pengguna LazCoins juga akan menikmati tawaran istimewa pada 6.6 ini, di mana mereka boleh mendapat diskaun yang lebih banyak untuk membeli produk kegemaran mereka di saluran LazCoins. Dengan ganjaran yang dipertingkatkan bagi “check-in” harian, pembeli yang turut daftar masuk ke saluran LazCoins setiap hari dari 3 hingga 8 Jun akan berpeluang memperoleh sehingga 660 LazCoins (bernilai RM6.60).

Dapatkan Lebih Banyak Diskaun

Untuk memaksimumkan penjimatan anda semasa membeli-belah, pastikan anda sentiasa mengumpul baucar dari platform dan kedai pilihan anda. Anda boleh menggabungkan baucar dengan LazCoins dan LazCash untuk mengurangkan jumlah pembelian. LazCash boleh diperoleh apabila anda menyelesaikan pelbagai misi harian di aplikasi mudah alih Lazada, melakukan pembelian, menulis ulasan, bermain permainan, atau melayari tab “Like”.

6.6 Jualan juga memperkenalkan mekanik permainan baru bernama Tap & Win yang boleh diakses melalui saluran Baucar. Pelanggan boleh bermain Tap & Win dua kali sehari sepanjang tempoh jualan untuk memenangi baucar, LazCash, dan hadiah-hadiah lain. Mereka juga mendapat peluang tambahan untuk bermain apabila mereka berkongsi permainan ini dengan rakan-rakan. Selain itu, pemain boleh mengumpul kepingan puzzle yang boleh ditukar dengan barangan atau baucar. Terdapat Hadiah Utama yang boleh dimenangi pada hari Jumaat, 7 Jun 2024.

Dari 26 Mei hingga 5 Jun, bekerjasama dengan rakan-rakan anda untuk bermain permainan papan Lazzie Star pada aplikasi mudah alih Lazada. Bekerjasama untuk menyelesaikan pelbagai tugas permainan, menangkap tenaga lawan, dan melempar dadu untuk meraih kemenangan. Anda berpeluang memperoleh lebih banyak LazCash yang boleh ditukar dan digunakan semasa 6.6 Jualan Paling Wow.

Beli-Belah Tanpa Rasa Ragu-Ragu di Lazada

Dengan liputan yang meluas merangkumi semua kategori, polisi Change of Mind Lazada melindungi pembeli dan membolehkan pemulangan produk yang mudah dan percuma untuk produk yang layak – tanpa sebarang soalan! Nikmati tempoh pemulangan sehingga 30 hari untuk pembelian dari LazMall dan 7 hari bagi kebanyakan penjual, memberikan anda kebebasan untuk membeli-belah dengan lebih yakin dan tenang!

Dengan begitu banyak tawaran yang tiada tandingan dan promosi eksklusif, inilah masa terbaik untuk berbelanja di Lazada. Ambil kesempatan daripada jualan mega pertengahan tahun ini dan jangan lepaskan penjimatan yang luar biasa!

Untuk maklumat lanjut mengenai 6.6 Jualan Paling Wow, semak aplikasi Lazada atau klik pada pautan ini untuk maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *