Sat. Apr 13th, 2024

Memasuki tahun 2024, A.C.A.B bersiap untuk memeriahkan tiga dekad keberanian dan keberanian mereka, perintis Eastern Oi! Dengan tekad yang menggebu, mereka tidak hanya berhasil membawa aksi panggung yang memukau sepanjang tahun 2023, tetapi juga sedang menyiapkan sebuah showcase penuh warna yang bertajuk ‘Bangun.’ Acara ini dirancang sebagai perayaan megah untuk menghormati album eksklusif mereka dalam Bahasa Melayu yang tak tertandingi.

Bangun Showcase 2023 anjuran A.C.A.B Productions ini bakal berlangsung pada 3 Disember 2023, Ahad di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, Petaling Jaya mulai jam 3 petang. Turut memeriahkan showcase ini adalah band-band generasi baharu Oi! dan Punk iaitu The Hard Crop’s (Kuala Lumpur), Zero One Heroes (Johor), Incase (Kuala Lumpur), The Murphys (Melaka), Combination 69 (Kuala Lumpur), The Boicott (Perak), Oi! Frequency (Selangor) dan juga set DJ daripada Soul Boss (Kuala Lumpur).

Bangun Showcase 2023 akan menyaksikan A.C.A.B memainkan set penuh daripada album Bangun. Sebahagian daripada trek-trek album ini tidak pernah dipersembahkan secara langsung, jadi ini adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat tegar A.C.A.B kembali mengenang nostalgia sewaktu album groundbreaking ini dikeluarkan.

Album Bangun merupakan evolusi sound A.C.A.B yang menjejak ke arah Heavy Metal Melayu yang digaul pekat dengan stail Eastern Oi!, menjadikannya sebuah gamechanging move untuk scene Oi! dan Punk tempatan sewaktu itu. Bangun adalah album yang bermelodik dan agresif pada masa yang sama seterusnya membuka mata kepada lebih ramai pendengar baharu.

Max Mohammad, vokalis/gitaris A.C.A.B teruja menceritakan, “Aku dan A.C.A.B tak sabar nak mainkan Bangun in its entirety buat kali pertama kepada peminat semua. Masa album ni keluar pada 2004, aku dah ke UK sambung belajar dan Bangun tak sempat nak dipromosikan. Tapi tetap juga dapat sambutan hangat. Sempena A.C.A.B nak jejak 30 tahun next year, kami nak raikannya bersama peminat-peminat dengan memainkan album Bangun secara live dan make it a history for everyone! ”

Sehingga kini, tiket Early Bird telah licin disambar. Tiket presale masih boleh didapati berharga RM80 dan juga pembelian secara walk-in pada hari show berharga RM99.

Tempahan/pembelian tiket boleh dibuat melalui https://acab.ubertickets.asia/ . Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke 0196955634 melalui Whatsapp.

Jumpa di sana! Zigger Zagger, Oi!

A.C.A.B adalah

Vokal/Gitar: Max Mohammad

Gitar: Edy J. Herwan

Dram: Zeezul Fitri

Bass: Anas Md Noor

 

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *